Translate

WebSta

Ahad, 31 Ogos 2014

MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...




Hari ini penulis berpeluang menyambut ulang tahun ke 57 kemerdekaan Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Agak istimewa juga kerana buat pertama kalinya ditemani anak sulung  yang berusia 9 tahun. Tiada yang luar biasanya sambutan tahun ini kerana penulis pernah juga terlibat dalam kontinjen kawalan kehormatan dan juga sebagai ketua kontinjen perbarisan semasa dalam perkhidmatan Tentera Darat dulu.

Apa yang luar biasanya adalah pemilihan tema sambutan kali ini “MALAYSIA…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang dipetik daripada lirik lagu “Warisan” ciptaan Syed Haron Ahmad pada tahun 1980 dan dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad. Penulis dapat rasakan sendiri semasa lagu ini dimainkan di Dataran Merdeka tadi sambil ribuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa turut sama menyanyikannya, ramai yang mengalirkan airmata termasuklah penulis. Liriknya cukup menyentuh perasaan, terus mengimbau kenangan penulis semasa diperbatasan akhir 1999, juga peristiwa ngeri rakan pelatih yang berada dalam satu kubu terbunuh disambar petir betul-betul di depan mata!! Syukur, penulis masih dipanjangkan umur…Al-Fatihah untuk Lt Muda Muhammad Nazar. Antara lirik lagu tersebut…

“Di sini lahirnya sebuah cinta. Yang murni abadi sejati. Di sini tersemai cita-cita bercambah menjadi warisan. Andai ku terbuang tak diterima. Andai aku disingkirkan ke mana harus ku bawakan, ke mana harusku sematkan cinta ini. Betapa di bumi ini ku melangkah. Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki….Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata. Tapi aku rela berjuang dengan cara sendiri demi cinta ini. Di sini kotakan seribu janji. Sepanjang kedewasaan ini. Di sini sampaikan pesanan…Akulah penyambung warisan…”




Ingatlah, dalam kita tenang...aman damai dirumah, sentiasa ada pihak yang mengawasi sempadan negara...24 jam/sehari...365 hari..

Rabu, 13 Ogos 2014

Energizer Night Race 2014


Energizer Night Race – merupakan acara pertama aku selepas berehat panjang sebulan bulan Ramadhan dan juga Aidilfitri….tahap fitness maybe 30% je kot..untuk event ni aku target sebagai training je, hadiah disediakan utk top 5 je…agak mustahil utk masuk top 5, top 10 tu rasanya tak susah sangat..

Thank Victor for photo.

Aku berada di Dataran Merdeka seawal jam 5:15 ptg pasal dah setting dgn Nik & Muhaizar utk berjumpa dgn coach Alvine Nathan. Sessi perjumpaan & penyerahan kasut/pakaian utk penajaan Brooks. Mereka berdua terpilih kerana menunjukkan prestasi yg membanggakan dan disiplin berada dalam tahap terbaik. Mungkin kerana latarbelakang kerja depa sebagai anggota tentera.


Sessi sembang/penyerahan barangan

Selesai solat maghrib kat Masjid India, aku terus bergegas ke Dataran Merdeka dgn masa yang berbaki 20 minit sebelum flag off, dah penuh peserta kategori 15 km berkumpul dalam kandang…nasib baik dapat menyelit2, dapat juga berada dalam kumpulan hadapan. Peserta dilepaskan jam 8:06 mlm, aku bermula dgn pace yg biasa je…memang terasa penatnya..boleh maintain pace dlm 3 km je, lepas tu terpaksa perlahankan pace kerana tak mampu…sampai kat area Jln Parlimen, tengok GPS ada notification tapi tak jelas – mcm warning data penuh je, sampai finishing line….lepas off timer baru la notification tu hilang, tengok distance 14.28 Km je…timing 1j 07:12, avg pace 4:42 min/km!! Biar betul…..ni pace training santai ni, bukannya pace race.
Split

GPS tracking

Selepas dianalisa data GPS tu, data yang relevan sampai km-12 je….susur masuk ke Jalan Parlimen, mungkin pasal notification tu interrupt signal GPS, so distance tak tepat..check GPS org lain, distance 15:04, mean avg pace 4:28 min/km – reasonable la. Data GPS kat Garmin Connect..klik sini..

Official result..TQ Mr Moey.