Pagi tadi aku pi tengok je Mizuno Wave Run @ UPM Serdang....bawa anak2 + ambik gambar rakan-rakan seperlarian..enjoy juga la..kiranya first time la aku berpeluang tangkap gambar event road race ni..macam-macam gaya depa ni kick off.. ** Gambar-gambar yang aku upload ni semuanya bersaiz besar > 6 MB selepas ditambah sign aku....dan tak crop langsung, so takde masalah kalau nak print walaupun sebesar A3..so, sapa-sapa yg mementingkan quality...sila la download..free je..huhu..dan aku pun seksa juga la nak upload..macam siput!!
Translate
WebSta
Ahad, 25 Oktober 2009
Selasa, 13 Oktober 2009
Kejohanan Payung Terjun ATM, Tawau , Sabah
Ceritanya minggu lepas aku berpeluang la pi memantau kejohanan ni kat Tawau, Sabah...diadakan di Lapangan Terbang Tawau pada 7 hingga 10 Oktober 2009..yang masuk semuanya geng komando (Gerakhas, Paskal, Handau), 10 Briged Para + jemputan dari PDRM (VAT 69)..keputusannya Tentera Darat pertama, tempat kedua TLDM dan ketiga TUDM..PDRM tak diambil kira pasal jemputan..
Sabtu, 3 Oktober 2009
Kejohanan Olahraga ATM Ke-46 Lumut, Perak
Kejohanan ni telah berlangsung pada 30 Sept hingga 2 Okt 09 dalam suasana yang agak tegang di Pangkalan TLDM, Lumut....puncanya? Wujud kemusykilan dalam pengambilan atlit TLDM, kalau ikutkan perlembagaan Majlis Sukan Angkatan Tentera - mana-mana atlit yang dipilih untuk mewakili perkhidmatan hendaklah seorang anggota kerahan sepenuh masa dan telah dikerah sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum sesuatu kejohanan sukan itu berlangsung. Pasai aku tengok ramai sangat dah masuk TLDM...antaranya Arul Thevar, Kunasegaran, Norseela Khalid dan ramai lagi....dengar-dengar 16 orang semuanya. Entah la..apa-apa pun keputusannya TLDM telah muncul juara kategori Lelaki & Wanita..Sebut saja sapa atlit Malaysia, semuanya dah masuk tentera..sama ada Tentera Darat @ Tentera Laut..antaranya Lee Hup Wei (lompat tinggi), Siti Fatima (100m) Norjannah (200m) Mohd Faiz, Robbani & Azura (110 L/Berpagar), Mohd Jironi (800m, 1500m) Vadivellan (800m,1500m), Merinda Kaur, Vikram & Kartrik (3000m L/Berhalang), Zaiful (400m) dan ramai lagi la......so hujung minggu depan Olahraga MAAU confirm ATM jadi juara..ha..ha..











Langgan:
Catatan (Atom)