Entri penulis kali ini, masih lagi
berkisar tentang penipuan dalam larian di Malaysia. Penulis sedia maklum
kejadian ini telah lama berlalu namun perlu penulis war-warkan disini sebagai
rujukan di masa hadapan.
Kuching Marathon 2014, telah berlangsung
pada 17 Ogos 2014 di bandaraya Kuching. Penulis dapat maklumat tentang kejadian
ini pada 12 Nov 2014 melalui e-mail. Setelah diselidik melalui carian dalam
internet, penulis pasti tentang kes ini.
Melalui laman sesawang Kuching Marathon,
jelas tercatat nama pemenang bagi kategori marathon lelaki ialah Cherop Ezekiel
Cherop namun realitinya bukan beliau yang berlari pada pagi tersebut. Chip dan
nombor bib beliau digunakan oleh pelari Kenya lain iaitu Patrick Mutuku Ivuti.
Dari maklumat yang disampaikan kepada penulis Ivuti membawa passport kepunyaan
Cherop semasa pengesahan identiti!! Dua kesalahan serius yang penulis kesan
disini iaitu pertamanya berlari menggunakan identiti orang lain yang jelas
bertentangan dengan syarat-syarat penyertaan dalam mana-mana acara larian di
Malaysia.
Kesalahan kedua tentunya di bawah
undang-undang Malaysia, Akta Pasport 1966 – Perkara 12 (1) (b) – menyamar atau
secara salah mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang
kepadanya suatu passport atau dokumen perjalanan dalam negeri telah dikeluarkan
dengan sewajarnya. Juga (e) membenarkan mana-mana orang memiliki mana-mana
passport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi
penggunaannya sahaja, dengan niat atau menyedari bahawa passport atau dokumen
perjalanan dalam negeri itu boleh digunakan oleh mana-mana orang lain. Jika
disabitkan dengan kesalahan ini boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 dan
penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Rujukan di sini.
Dibawah ini penulis kepilkan bukti-bukti
untuk rujukan pembaca. Harapan penulis supaya mana-mana penganjur memandang
perkara ini lebih serius, kalau boleh buat laporan Polis dan hadapkan mereka
yang terlibat ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran kepada mereka supaya
menghormati undang-undang Malaysia. Satu perkara lagi, perlunya penganjur mengesahkan
identiti mereka dengan lebih terperinci. Ada juga mereka yang menyatakan rupa
warga Kenya ini susah untuk dikenali, muka mereka seiras. Sebenarnya kalau
dibuat pengecaman secara membandingkan foto dalam passport dan pembawa passport
tentunya kita dapat membezakannya.
Ivuti no 7 in SCKLM 2014, his identity was confirmed by organiser. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan