Translate

WebSta

Sabtu, 22 November 2014

Penipuan di Penang Bridge Int'l Marathon 2014


Penang Bridge International Marathon 2014, penulis tidak menyertai acara ini…hanya mengikuti perkembangan acara ini melalui media sosial sahaja. Terlalu banyak komen negatif sebaik habisnya acara ini.

Seperti biasa, penulis akan meneliti keputusan rasmi dan cuba membandingkan dengan foto mereka. Nasib baik juga acara ini dalam senarai marathon-photo.com, senang bagi penulis mengenalpasti peserta yang bukan menggunakan bib yang sepatutnya.

Kali ini penulis kenal pasti pemenang ke-4 kategori Half Marathon Lelaki Terbuka iaitu John Kipkorir Rutto (bib E 34673), bukan beliau yang berlari pada pagi tersebut.

Keputusan rasmi HM Lelaki Terbuka
Peserta yg menggunakan bib John Kipkorir Rutto

Perkara ini saya sahkan dengan pengurus mereka, iaitu Encik ‘A’, beliau mengesahkan hanya seorang pelari Kenya yang bernama John Kipkorir Rutto di Malaysia dan beliau tidak menyertai PBIM 2014 sebaliknya menyertai acara di Brunei. Penulis meneliti keputusan acara tersebut iaitu BSB International Marathon, Brunei dan mendapati terdapat peserta yang bernama Rutto dalam senarai keputusan rasmi, tempat ke-2 dalam kategori Half Marathon Lelaki. Rujuk di sini. Penulis juga ada bertanya perkara ini melalui FB Messenger kepada pelari Kenya yang tinggal serumah dengan John Kipkorir Rutto iaitu Godwin Kipruto. Beliau mengesahkan John Kipkorir Rutto ke Brunei pada hujung minggu lepas untuk menyertai acara tersebut.

Keputusan rasmi BSB Int'l Marathon
John Kipkorir Rutto yg sebenarnya
Passport No: A1991703 John Kipkorir Rutto
Persoalannya sekarang, bagaimanakah peserta yang menggunakan identiti John Kipkorir Rutto itu disahkan identiti sebenarnya sebelum menerima hadiah kemenangan? Penulis pasti beliau tidak akan membawa passport sebenar John Kipkorir Rutto kerana dalam masa yang sama beliau berada di Brunei. Cuma 2 kemungkinan sahaja dalam kes ini.

1.  Petugas tidak meminta passport pemenang untuk pengesahan.
2.  Pemenang tersebut menunjukkan salinan passport untuk pengesahan.

Jika kemungkinan kedua berlaku. Sesuatu yang penulis rasakan sangat tidak beretika untuk sesiapa sahaja yang bertugas dimeja pengesahan menerimanya.

Jumaat, 14 November 2014

Penipuan di Marathon Kuching 2014


Entri penulis kali ini, masih lagi berkisar tentang penipuan dalam larian di Malaysia. Penulis sedia maklum kejadian ini telah lama berlalu namun perlu penulis war-warkan disini sebagai rujukan di masa hadapan.

Kuching Marathon 2014, telah berlangsung pada 17 Ogos 2014 di bandaraya Kuching. Penulis dapat maklumat tentang kejadian ini pada 12 Nov 2014 melalui e-mail. Setelah diselidik melalui carian dalam internet, penulis pasti tentang kes ini.

Melalui laman sesawang Kuching Marathon, jelas tercatat nama pemenang bagi kategori marathon lelaki ialah Cherop Ezekiel Cherop namun realitinya bukan beliau yang berlari pada pagi tersebut. Chip dan nombor bib beliau digunakan oleh pelari Kenya lain iaitu Patrick Mutuku Ivuti. Dari maklumat yang disampaikan kepada penulis Ivuti membawa passport kepunyaan Cherop semasa pengesahan identiti!! Dua kesalahan serius yang penulis kesan disini iaitu pertamanya berlari menggunakan identiti orang lain yang jelas bertentangan dengan syarat-syarat penyertaan dalam mana-mana acara larian di Malaysia.

Kesalahan kedua tentunya di bawah undang-undang Malaysia, Akta Pasport 1966 – Perkara 12 (1) (b) – menyamar atau secara salah mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu passport atau dokumen perjalanan dalam negeri telah dikeluarkan dengan sewajarnya. Juga (e) membenarkan mana-mana orang memiliki mana-mana passport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaannya sahaja, dengan niat atau menyedari bahawa passport atau dokumen perjalanan dalam negeri itu boleh digunakan oleh mana-mana orang lain. Jika disabitkan dengan kesalahan ini boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Rujukan di sini.




Dibawah ini penulis kepilkan bukti-bukti untuk rujukan pembaca. Harapan penulis supaya mana-mana penganjur memandang perkara ini lebih serius, kalau boleh buat laporan Polis dan hadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran kepada mereka supaya menghormati undang-undang Malaysia. Satu perkara lagi, perlunya penganjur mengesahkan identiti mereka dengan lebih terperinci. Ada juga mereka yang menyatakan rupa warga Kenya ini susah untuk dikenali, muka mereka seiras. Sebenarnya kalau dibuat pengecaman secara membandingkan foto dalam passport dan pembawa passport tentunya kita dapat membezakannya.

Keputusan rasmi
Liputan berita dalam NST online
'Cherop' on stage. Photo courtesy of Mr Moey
Ivuti no 7 in SCKLM 2014, his identity was confirmed by organiser.
Ivuti in action
Actual photo of Cherop Ezekiel Cherop