Translate

WebSta

Isnin, 27 Oktober 2014

Siapa Abel?


Sebenarnya sebaik sahaja 2 pelari Kenya ini menaiki pentas untuk menerima hadiah kemenangan mereka, penulis langsung tidak percaya mereka ini mempunyai permit kerja. Acara yang penulis maksudkan adalah Larian Hari Malaysia MAKSAK 2014 yang berlangsung di Putrajaya pada  6 September 2014. 

Dalam borang penyertaan amat jelas tertulis larian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai permit kerja. Untuk pendedahan ini, penulis hanya fokuskan kepada peserta yang mendapat tempat pertama iaitu David Kiptoo Suter. Sebenarnya pada malam selepas acara ini, penulis telah bertanyakan kepada ajen mereka iaitu Encik ‘A’, melalui ‘FB Messenger’…selepas ditunjukkan gambar semasa menerima hadiah tu, beliau amat pasti pelari tersebut adalah dibawah jagaan beliau. Cuma mereka ini mendaftar secara sendiri dan tidak melalui beliau, sebab tu beliau tidak tahu berkenaan larian ini. Maklumat dari Encik ‘A’, pelari ini tidak bekerja dimana2 syarikat dan merupakan pelari sepenuh masa dibawah jagaan beliau.

Satu kesilapan juga pasal penulis langsung tidak bertanya nama pelari tersebut…

Keputusan rasmi


Kes ke-2, di IJM Land Run, Seremban pada 21 September 2014, juga menetapkan syarat yang sama, iaitu memerlukan permit kerja bagi peserta warga asing. Maklumat penuh dalam laman sesawang acara ini.. http://www.ijmlandrun.com/event-info.php

Keputusan rasmi IJM Land Run
Foto penamat di IJM Land Run


Akaun FB beliau.
Selepas terbongkar 4 kes dengan menggunakan taktik yang sama, penulis tidak menolak kemungkinan pelari ini menggunakan identiti warga Kenya yang lain, iaitu David Kiptoo Suter yang mempunyai permit kerja. Khabarnya David Kiptoo Suter merupakan pekerja di Kedutaan Kenya, Kuala Lumpur.

Pada 19 Oktober yang lalu penulis berpeluang menyertai acara Kinabalu Climbathon di Kota Kinabalu, kebetulan pelari ini pun ada menyertai acara tersebut. Penulis perasan kemunculan beliau semasa mengambil nombor peserta di Kinabalu Park pada 18 Oktober.



Dari senarai peserta dalam ‘start list’ ini, beliau memakai nombor bib C314 – John Kiprorir Rutto. Mungkinkah ini merupakan nama sebenar beliau sepertimana tertulis dalam passport?



Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, secara kebetulan penulis menaiki kapalterbang yang sama dengan salah seorang peserta Kenya. Penulis mengambil kesempatan untuk bertanya sedikit sebanyak mengenai rakan-rakan beliau. Perkara pertama yang penulis tanya ialah adakah beliau mengenali peserta Kenya yang memakai nombor bib C314. Beliau amat mengenali peserta tersebut dan menyatakan tinggal serumah di Cheras dan bernama ABEL KIPRORIR RUTTO. Beliau sendiri menulis nama ini di atas iPad penulis.


Penulis bersama Godwin Kipruto

Penulis ada juga bertanyakan perkara yang sama kepada Encik ‘A’, beliau mengakui  pelari itu bernama Abel dan berjanji untuk memberi salinan fotostat passport  untuk pengesahan. Akan dipaparkan disini.

Khamis, 16 Oktober 2014

Penipuan di Standard Chartered KL Marathon 2014 - Kes Ke 2


Satu lagi perkongsian yang bakal penulis sampaikan lebih mengejutkan kerana beliau dalam kategori utama, Men Marathon Open. Beliau naik ke pentas utama untuk menerima replika cek, kemudiannya menghadiri sidang media. Penulis juga berpeluang merakamkan gambar beliau bersama pemenang yang lain dalam sidang media tersebut. 

Penulis tidak pasti bagaimana petugas teknikal mengesahkan identiti mereka semasa mengisi borang tuntutan hadiah. Pastinya setiap pemenang perlu menunjukkan passport atau kad pengenalan asal. Dari pemerhatian penulis, sekiranya ada dibuat pengesahan passport agak senang mengesan penipuan ini kerana rupa mereka amat berbeza. 

Penulis pasti semua peserta acara larian di Malaysia tahu dan faham kenyataan di bawah:

Runners are ONLY allowed to run in their own running bib and NOT someone else bib. Runners discovered running in someone else bib will be DISQUALIFIED and NOT be entitled to any prizes.

Any participant who has been found created/suspended/banned in any event sanctioned by Malaysia Athletic Federation (MAF) will not be allowed to participate and would be disqualified if they do participate in this event.

Winners Age Verification:

All Cash Prize winners must produce their identity card (Malaysian) or Passport (Foreigners) for age verification to the organiser before the prize presentation ceremony.”

Mungkin perkara ini berlaku kerana petugas hanya memeriksa umur peserta sahaja tanpa meneliti dengan lebih lanjut sekiranya terdapat perbezaan antara foto dalam passport dan rupa pemegang passport tersebut.




Hanya foto semasa majlis penyampaian hadiah, rasanya tidak perlu diletakkan foto beliau sedang beraksi. Cukuplah dengan foto beliau menerima replika cek dan sidang media. 

 
Photo courtesy of runwitme.blogspot.com
Media Conference
They look so different, right?
Terima kasih atas maklumat dan kepastian yang disampaikan kepada penulis. Foto diatas penulis cantumkan antara foto Geoffery Birgen yang sebenarnya dan pelari yang menggunakan identiti beliau iaitu Seurei Julius Kiprotichi, juara kategori marathon Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud pada 27 Sept 2014. Dibawah penulis sertakan sebahagian foto Geoffery Birgen yang dikirimkan kepada penulis. Sama-samalah kita memastikan supaya penipuan cara begini tidak akan berulang lagi. 







Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada penganjur. Kedua-duanya pasti akan disenaraihitamkan.

Rabu, 15 Oktober 2014

Penipuan di BSN Putrajaya Night Marathon 2014


Satu lagi kisah penipuan yang berlaku, di BSN Putrajaya Night Marathon 11 Okt 2014 oleh pelari Kenya juga. Masih lagi menggunakan modus operasi yang sama. Penulis agak lambat menulis berkenaan kes ini walaupun menerima maklumat lebih awal berbanding kes SCKLM. Perlu juga penulis mengumpul semua bukti sebelum dipaparkan kepada umum. Mungkin ada pihak yang tidak suka dengan cara penulis ‘viral’kan kisah-kisah begini tapi sebenarnya bukan niat penulis untuk memalukan semua yang terlibat, kalaulah apa yang penulis paparkan ini tidak betul, sila kemukakan bukti.

Niat penulis cuma satu, untuk menyedarkan rakan-rakan sukan sekelian, tidak kira bangsa…”kemenangan adalah penting, tetapi demi semangat kepada sukan yang kita cintai…kita perlu membendung segala jenis penipuan ini”.

Sedikit perkongsian tentang syarat-syarat penyertaan yang penulis petik dari laman sesawang penganjur acara ini:

“Cash Prizes:

Cash Prizes for the winners are in Ringgit Malaysia. Runners are ONLY allowed to run in their own running bib and NOT someone else bib. Runners discovered running in someone else bib will be DISQUALIFIED and NOT be entitled to any prizes.

Any participant who has been found created/suspended/banned in any event sanctioned by Malaysia Athletic Federation (MAF) will not be allowed to participate and would be disqualified if they do participate in this event.

Winners Age Verification:

All Cash Prize winners must produce their identity card (Malaysian) or Passport (Foreigners) for age verification to the organiser before the prize presentation ceremony.”

Dalam kejadian di PNM, pemenang tempat ke-3 kategori A – Marathon Men ialah Nelson Kiptoo, dari maklumat yang disampaikan kepada penulis bukan Nelson Kiptoo yang berlari kerana beliau masih lagi berada di Hatyai kerana mengalami kecederaan selepas menyertai Marathon Songkla pada 31 Ogos yang lalu.

Keputusan rasmi, TQ Mr Moey
Nelson Kiptoo passport
Gambar semasa majlis penyampaian hadiah dan pelari yang menggunakan nombor bib amat jelas, sekali pandang kita pasti beliau adalah pelari yang sama.
 
Pelari yang menggunakan nombor bib Nelson
Finisher photo, not sure but can see A and 04 clearly
Now I can confirm, same person!!
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada penganjur, terpulang kepada mereka untuk bertindak atau tidak.

Selasa, 14 Oktober 2014

Penipuan di Standard Chartered KL Marathon


Agak mengejutkan….itu sahaja yang mampu penulis ungkapkan dengan semakin banyak kes-kes penipuan yang berlaku dalam sukan larian di Malaysia sejak kebelakangan ini. Belum pun selesai dengan kes di Terengganu, khabarnya penulis akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat ‘post-mortem’ mereka yang akan dipengerusikan oleh Datuk SUK Trg. Lupakan cerita tu. Kes terbaharu yang akan penulis kongsikan ini berlaku di Standard Chartered KL Marathon.

Modus operasi yang sama, menggunakan nombor bib orang yang sama dalam kes tahun lepas iaitu Charles Kimingi Thaiya, dalam kes ini pelari yang menggunakan nombor bib Charles ini agak senang dikesan memandangkan penulis telah biasa berjumpa dengan Charles dan pernah pun bertegur sapa. Dalam kes ini juga penulis pasti Charles juga terlibat kerana adalah mustahil untuk pelari lain mendaftar menggunakan nama orang lain. Dari maklumat yang disampaikan kepada penulis, pelari yang menggunakan nombor bib ini dikenalpasti sebagai John Waithaka Njihia, berumur 24 tahun dan menerusi gambar yang dikirimkan kepada penulis, John dan Charles sering menyertai mana-mana pertandingan secara bersama.

Apa-apa pun terpulang kepada penganjur untuk bertindak atau tidak. Penulis hanya membongkar apa yang cuba disembunyikan sahaja. Dan menggunakan nombor bib pelari lain adalah satu kesalahan dan perkara ini jelas tertulis dalam syarat-syarat penyertaan.

Keputusan rasmi
John Waithaka Njihia menggunakan bib B-05023 kepunyaan Charles
John Waithaka Njihia - photo by Tey Eng Tiong
John left, Charles in middle - enjoy their day in one of running event in Thailand
Charles, 2nd from left - MAEPS Trail Run 2013
Charles on podium

Isnin, 6 Oktober 2014

Penipuan di Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014


Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014, 27 Sept 2014..semua maklumat yang diketahui sama ada menerusi media sosial atau terus dari rakan penulis mengenai edisi tahun 2014 ini kebanyakan negatif. Tidak banyak perubahan yang penganjur lakukan untuk penambahbaikan malah ada komen yang menyatakan lebih teruk dari edisi tahun 2013, terutamanya kawalan lalulintas. Semasa di persimpangan lampu isyarat di Jambatan Sultan Mahmud, ada peserta yang ditahan untuk memberi laluan kepada kenderaan. Penulis pun tak berapa pasti dimana silapnya, kerana penulis juga pernah terbaca tentang notis yang menyatakan jambatan akan ditutup sepenuhnya semasa acara ini berlangsung. Untuk maklumat, penulis tidak menyertai acara ini kerana ditawarkan sebagai jurugambar rasmi di Ironman Malaysia, Langkawi pada tarikh yang sama.

Pada pagi 29 Sept, penulis telah dihubungi menerusi mesej Facebook oleh rakan FB.  Beliau meminta bantuan penulis untuk menghebohkan kejadian penipuan semasa acara ini, iaitu peserta lain yang bertanding menggunakan nombor bib peserta lain. Memang penulis akui, bagi kita yang tidak biasa dengan raut wajah peserta dari Afrika ini….mereka akan kelihatan seiras sahaja. Kejadian penipuan cara begini bukannya asing, penulis terkena semasa Larian MDAB di Putrajaya dulu..ceritanya disini..

Modus operasi mereka seakan sama, iaitu bertanding menggunakan nombor bib peserta lain. Dan mereka ini akan membawa salinan fotostat passport atau membawa passport asal. Apabila diminta menunjukkan passport, mereka akan menunjukkannya…bagi kita yang tak biasa melihat mereka, kita tidak akan mempersoalkan apa-apa!! Dalam satu-satu acara larian di Malaysia ini bukannya ada alat yang mampu mengesan cap jari atau biometric mata sebagaimana yang terdapat di airport digunakan..

Cadangan penulis kepada penganjur, kalau penganjur mahu bertindak untuk mengembalikan hadiah kepada yang berhak, penganjur memang ada kuasa mutlak. Laporan polis boleh dibuat, bukti telah ada, cuma hendak dengan tidak sahaja. Untuk edisi akan datang, rasanya kategori IPT ini cuma dihadkan kepada peserta dari Malaysia sahaja. Untuk kategori veteran pun sama, peserta dari Afrika atau Kenya khususnya hanya boleh menyertai kategori Terbuka sahaja.

Keputusan rasmi kategori IPT Lelaki & salinan passport pemenang ketiga

Beliau amat mengenali peserta Kenya ini kerana selalu menguruskan penyertaan mereka & mereka ini pun dalam kumpulan yang sama suatu ketika dulu serta mengenali antara satu sama lain. Beliau amat terkejut bilamana meneliti keputusan rasmi, tertera nama Nelson Kiptoo, sedangkan beliau pasti Nelson Kiptoo tidak menyertai LJSM kerana mengalami kecederaan selepas bertanding di Marathon Songkhla pada 31 Ogos yang lalu. Menerusi foto yang dikirimkan kepada penulis beliau amat pasti, pelari yang menggunakan nombor bib Nelson Kiptoo adalah Lukas Wambua Muteti.

Bukti mereka saling mengenali, baju kuning - Nelson, baju Mizuno hitam - Lukas
 
Lukas was wearing Nelson's bib number on action

Nelson on action at Kinabalu Climbathon 2013

Combination photo of Nelson & Lukas
Lukas on action at Songkla Marathon 2014
**Kemaskini pada 8 Oktober 2014
Kawan baik kepada Nelson & Lukas iaitu Enock Kipchirchir respond dalam akaun Facebook penulis pada 8 Okt, penulis mengesyaki beliau yang membawa passport, kad pelajar juga nombor bib kepunyaan Nelson untuk digunakan oleh Lukas. Secara terang-terangan beliau mengaku. Terpulang kepada penganjur untuk bertindak mengembalikan kepada yang berhak!!


Ironman Malaysia, Langkawi 2014


Ironman Malaysia 2014, Langkawi 27 Sept..pada mulanya memang langsung takde perancangan untuk support, apatah lagi menyertai acara ini. Perancangannya penulis menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud, Terengganu pada tarikh yang sama sehinggalah pada 22 Ogos, penulis menerima tawaran dari Nya Nwaezeapu @ finisherpix.com menerusi mesej dalam fanpage FB dan juga e-mail. Mulanya ingatkan spam tapi selepas berbalas e-mail, rupanya betullah dari agensi yang terlibat secara langsung dengan acara Ironman seluruh dunia. Setelah meneliti ‘Photographer Aggrement’ penulis terus bersetuju untuk menjadi salah jurugambar rasmi acara tersebut, semua perbelanjaan ditanggung termasuklah air ticket & hotel 4 bintang, agak berbaloi tambahan pula tidak perlu terlibat dengan post production. Cuma shoot sahaja.

Hari Jumaat, 26 Sept, penulis terlibat dengan shoot ‘Bike Check In’ utk sessi pagi dan petang, sessi pagi agak kurang selesa pasal hujan renyai-renyai..lebih kurang jam 12:30 tengahari, selepas urusan sewa motosikal di jeti, penulis bersama 3 teammate yang lain dari US, Australia & Singapore membuat tinjauan route utk acara berbasikal. 2 lokasi yang perlu penulis cover iaitu Km 3.4 Lebuhraya Langkawi & Bulatan Air Hangat, berhampiran Pantai Pasir Hitam.

Hari Sabtu, breakfast seawal 5:00 pagi!! Rasa macam bersahur pula, agak meriah juga walau pun 5:00 pagi kerana begitu ramai ‘Ironman’ & juga bakal Ironman yg turut breakfast sama. Selepas solat Subuh di hotel, 6:15 pagi penulis dah siap utk tugasan pertama, ‘promo shoot’. 8:00 – 9:30 shoot di Km 3.4 Lebuhraya Langkawi. Kemudian penulis ke lokasi kedua di Air Hangat, shoot sehingga jam 2:00 ptg. Bertuah kerana sedikit sebanyak penulis membantu menaikkan moral peserta, ketara dari reaksi mereka apabila nampak kelibat penulis ‘menembak’ kearah mereka.

Jam 3:00 ptg, penulis kembali ke hotel utk berehat dan solat selama 1 ½ jam, kemudian bermula jam 4:30 ptg, penulis shoot secara rambang di sekitar route larian. Seterusnya jam 6:00 ptg shoot di hadapan garisan penamat sehinggalah tamat acara jam 12:30 tgh malam..Moment yang paling terkesan ialah saat-saat peserta menamatkan acara ini, tapi sayangnya foto-foto yang penulis rakamkan terus diserah kepada pihak finisherpix.com sebaik sahaja tamat acara. Apa-apa pun untuk event ni, photographer pun dah jadi Iron’camera’man!!

Photo courtesy of Harun Hassan, TQ
 
Yim - Ultraman, now an Ironman!!
Happy face
Promo shoot
Puteri Nabilah - 1st timer
Happy face
Champion - Patrik Nilsson 8:41:52