Translate

WebSta

Khamis, 22 November 2012

Putrajaya Night Marathon 2012


Rasanya dah terlalu lama aku tak update blog ni…..nak kata sibuk tak juga, race dah banyak tak update, maybe lebih senang update kat Facebook….tak perlu tulis banyak2 sebagaimana blog..yang bestnya cepat je friends respond. Mungkin tak lama lagi zaman gemilang blog akan berkubur sebagaimana yg jadi kat ‘Multiply’, ini tak mustahil dengan perkembangan Facebook sejak kebelakangan ini.

Event yang aku tak update lagi, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 29 Sept, Marathon Putrajaya 20 Okt, Powerman Putrajaya 4 Nov & Run For Your Lungs 11 Nov….bila nak mengarang tak tahu le…

Putrajaya Night Marathon….walau pun aku langsung tak buat LSD, terpaksa juga masuk psl dah daftar, dengan perkembangan online skrg ni….kita kena cepat daftar apa2 larian, kalau tak mesti kempunan..pasal kuota dah penuh..training tu belakang cerita..ada la juga aku training, paling jauh pun rasanya 10km je..macam mana le nak lari 42.2 km kalau training gitu..secara jujurnya list training aku sepanjang bulan Okt hanyalah 8 sessi aje, sebagaimana lampiran dibawah…..maybe ramai yg tak percaya..gitulah realitinya!!

List training sepanjang bulan Okt.

Peserta marathon dilepaskan tepat jam 8:00 mlm..pasal tak training aku maintain je pace 5:00 min/km, pacing dengan Abang Selamat..seawal km-6 perut aku dah rasa semacam je…rasanya tengahari tu aku takdelah makan benda yg luarbiasa pun..lauk gulai daging je..masuk km-10 masih lagi dalam target pace, tapi agak kurang selesa juga psl perut makin kuat meragam..sampai km-15 ada la water station but takde toilet pulak, psl dah takleh tahan terpaksa le pit stop kat depan sikit water station tu, tepi semak je….night marathon, senang la sikit..haha..3min 7 saat aku bazir masa tepi semak tu..lepas je pit stop tu, aku dah mula rasa semacam je…..kaki pun dah rasa penat yg amat sangat!!Pace pun ntah kemana..average pace aku utk km-17 = 5:20 min/km…dan semakin perlahan…dan semakin perlahan….km-20 = 6:54 min/km, dan of course la semakin ramai runners yang sayur aku….ada masanya aku berjalan, dalam fikiran masa tu aku terbayang DNF je…tapi dalam masa yg sama otak aku membantah psl fikirkan tak dapat ‘Finisher T’…tak sampai half way lagi tu, kalau aku jog & walk….berapa jam le timing aku??? Perut pun still rasa sakit lagi, datang sekali-sekala….macam biskut chipmore la pulak..

Untuk melupakan  psl DNF aku cuba ikut pace mana2 runner yg sayur aku dan aku setkan target baru….sayur Razif Yahya semula (dpt kat km 28 rasanya)…km-29 baru la aku mula dapat rentak..avg pace 5:04 min/km, dah mula bersemangat pasal berjaya sayur ramai runner lain…pasal route pun agak berbukit2, boleh maintain avg 5:15 min/km dah kira cukup laju dgn tahap endurance aku..

Km-41 lagi sekali aku masuk pit stop but kali ni laju le…lebih kurang pit stop F1 psl dah dekat dgn finishing line..8 saat je…haha..masa kick off aku berjaya sayur lagi sorang runner dlm 50 meter terakhir….dapat tag kedudukan ke-15 dengan masa jam aku 3j 55:32….lepas dpt ‘Finisher T & medal’….tukar baju, cari toilet le….tak habis2 lagi!!Dipendekkan cerita, masa on the way balik ter ‘pit stop’ dalam seluar..haha & sampai keesokan harinya masih lagi tak reda2 sakit perut…...tu le bahayanya kalau tak cukup training.. Detail pace aku kat Garmin Connect..KLIK..

Cerita psl Marathon Putrajaya ni…teringat aku cerita beberapa hari yg lepas, ada sorang runner tu luahkan perasaan marah kat wall Facebook dia, walau pun dah sebulan marathon ni berlalu..dia tak puas hati psl ada runner lain cakap dia “keliwon”….patut respect the distance..setelah aku belek2 kat stream line FB dia, ada la ternampak gambar dia dgn bib no Half Marathon Putrajaya….DAN ada juga gambar dia dgn bib no Marathon, ni dah keliwon tahap extreme ni!! Yg menambahkan lawaknya…dia cross finishing line lagi laju dari pemenang tempat pertama!! 2j 44 kalau tak silap..maybe niat dia just nak dpt ‘Finisher T’ je…tapi kalau ya pun jgn la guna kepala lutut sgt….entahlah, bagi aku la…kalau tak habiskan 42.2km tu tak payah la pi ambik ‘Finisher T’ tu, takut nanti ada runner yg betul2 lari dan tak dapat hak mereka…..dan kalau dah tahu salah tu, diam je la..tak perlu tulis status bukan2 kat wall FB tu, tak psl2 aku yg tak tahu ni dah tahu cerita sebenar..mana letaknya kejujuran diri anda??


5 ulasan:

Deo berkata...

terpit stop dalam seluar tu tak blh blah hahaha... jangan stop blogging bro, walaupun dua tiga kerat je, masih ada peminat2 yg nak baca walaupun tak komen.

pasal pelari keliwon tu, adehhh sangat memalukan lah tapi apa boleh buat...

Rozmi Yunus berkata...

yup...dari data pelawat tu memang sy tahu sentiasa ada pelayar yg baca entri dlm blog ni..cuma x komen sebagaimana yg berlaku kat wall FB..tu yg rasa macam 1 way communication..

RaYzeef berkata...

tak training pun boleh sub-4 ciss..hehe..

kalau training mesti sub 3 ni..

patut la potong balik laju semacam..rupanya ada kes ceri beri.

Mohd Syafei Ahmad berkata...

LOL bro.. tu pit stop besar ke pit stop kecik kat semak tu?

Mohd Syafei Ahmad berkata...

LOL bro.. tu pit stop besar ke pit stop kecik kat semak tu?