Larian
Jambatan Sultan Mahmud 2012….event yang sgt nostalgia bagi aku, maksud aku
bukan event tahun ni le….edisi 1990an dulu, psl event ni la aku mula terjebak
dengan event road race, aku mula2 join event ni semasa aku masih belajar lagi,
1st time tahun 1991..21 tahun yang lalu, begitu cepat masa
berlalu…dah lebih 21 tahun rupanya aku aktif dlm sukan ni!!
Aku
pun tak pasti bila edisi kali terakhir Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) ni,
rasanya tahun 1999…masa tu semua kategori utama jaraknya 21 km..tahun 2009 ada
juga dianjurkan larian ni kat Kuala Terengganu tapi dinamakan Larian Jambatan
Bandaraya Kuala Terengganu..medal penamat pun lain, laporan kat sini. Tahun ni
betul2 kesinambungan dari LJSM dulu berdasarkan dari logo yg digunakan.
Perancangan
awalnya aku nak balik dengan family tapi last minit tak jadi pula, so utk
mengelakkan boring drive sorang2 dari KL, aku invite le Brader Azman ikut
sekali….nasib baik juga dia belum beli tiket bas lagi..
So,
kami bertolak dari KL lebih kurang jam 10:30 pagi, Jumaat 28 Sept..sampai K.Trg
lebih kurang jam 5:00 ptg, terus pi Batu Burok…ambik race kit. Race kit aku dah
diambik oleh runner Trg, Fazilawati…so, malam baru boleh jumpa pasal dia ada
hal kat Setiu. Sementara menantikan malam, jogging kat Batu Burok tu…dalam 20
minit je, teman kan Mej Nasir..lebih kurang jam 7:40 mlm, ke Jalan Sultan
Zainal Abidin, ingatkan nak pekena nasi dagang….dah habis le nasinya, tinggal
kuah je..kempunan la…..lepas Isyak pergi ke rumah datuk saudara kat belakang
Petronas Batu Burok..tumpang tidur situ la..
Sabtu,
29 Sept…selepas solat Subuh, kami siap2 ke tempat starting point..slow jog je
dari rumah datuk saudara aku tu..tak sampai 1 km pun..tepat jam 7:00 pagi, kami
dilepaskan, aku masuk kategori Lelaki Tertutup Terengganu jarak 9km tapi
dilepaskan sama dengan kategori 21km…kalau tak silap aku le, semua pelari
dilepaskan serentak…10 kategori semuanya. Apa punya penganjur le…..tak ke sesak
jadinya kat starting line tu!!
Memandangkan
jarak tak sampai 10km, semua runner kategori aku berdesup2 tekan turbo..aku pun
terpaksa le ikut sama..tengok time split km-1, 3:17min/km..tu dia, laju
ooo….terpaksa brek sikit, split km-2, 3:42min/km..detail split sepertimana kat
bawah ni..cuba tengok speed maksimum aku masa kick off tu, 23.4km/j!!
All data….
Berbaki
2 km ke garisan penamat, aku main tarik menarik dengan runner kategori
aku…berbaki lebih kurang 800 meter ke garisan penamat dia mula kick off, aku
pun terpaksa le ikut rapat…tengok dia dah mula goyah, siap toleh2 belakang
lagi..aku pun lagi confident le dapat kalahkan dia….tapi nasib tak menyebelahi
aku pasal aku terhalang oleh runner kategori Pelajar 7km, terpaksa brek &
tolak belakang runner tu dengan agak kasar..aku kalah dengan ½ langkah je..bila
keluar je keputusan rasmi, aku kedudukan ke-5..timing sama dgn runner no-4
tu..34:59, tapi hadiahnya beza RM200..beza tempat 1 hingga ke-5 tak sampai pun
30 saat (lebih kurang dlm 200 meter la)..
Keputusan rasmi.
Dengar
khabarnya untuk edisi 2013, LJSM ni akan dibuat jarak 42.2 km….sempena Tahun
Melawat Terengganu 2013, kita tunggu dan lihat aje…tapi banyak yang perlu
dibuat penambahbaikan..antaranya…….
- Flag off perlu dibuat berasingan mengikut kategori utk mengelakkan traffic jam.
- Tempat penamat perlu dibuat lorong penamat khusus utk setiap kategori. Takut terjadi sepertimana kes aku ni, kalau la aku tak terhalang oleh runner kategori 7km tu mungkin keputusannya berbeza.
- Khemah minuman patut diletakkan jauh sedikit dari garisan penamat utk mengelakkan kesesakan. Juga dibuat lorong masuk & keluar dikhemah minuman supaya keadaan terkawal, takde la yg potong Q.
- Setiap peserta yg dlm kedudukan hadiah patut diberi tag kedudukan supaya mereka tahu kedudukan mereka. Aku sendiri tertanya2 kedudukan aku sebaik shj lepas finishing line.
- Ramai peserta yg tipu kategori Tertutup Trg, penganjur patut lebih peka perkara ini. Perlu dibuat syarat yg lebih ketat, aku ada bukti geng Olahraga PDRM, PULAPOL KL yg masuk kategori Tertutup Trg..geng ni declare depa ni unit/bertugas kat IPD K.Trg.
- Perlu diadakan hadiah utk rakyat Malaysia memandangkan terdapat ramai sangat peserta elit dari Kenya, Ethiopia & Thailand. Mereka ini menyapu bersih kedudukan 1 hingga 31!!
Keputusan rasmi Kategori Terbuka 21km.
Dgn Siti Aishah & her boyfriend.
Dgn Brader Azman.
Geng seangkatan…dah veteran semuanya.