Translate

WebSta

Ahad, 16 Oktober 2011

Putrajaya Night Marathon


Photo courtesy of Cp Tan..

Photo courtesy of Moey..

Marathon aku yang ke 14, Putrajaya Night Marathon…..walau pun takde preparation langsung, terpaksa juga berlari pasal dah register awal..selepas sebulan penuh aku tak training sepanjang bulan puasa (bulan Ogos)….training aku sepanjang bulan Sept:

1. 5 Sept – 11.88 km

2. 6 Sept – 10.82 km

3. 7 Sept – 7.32 km

4. 19 Sept – 10.82 km

5. 28 Sept – 7.19 km

5 sessi je….training aku sepanjang bulan Oktober pulak;

1. 1 Okt -7.22 km

2. 8 Okt – 7.22 km

3. 9 Okt – 6.34 km, Larian PIKOM

4. 12 Okt – 10.83 km

5. 13 Okt – 7.25 km

Bulan Oktober pun rupanya 5 sessi je, maknanya LSD aku tak lebih dari 11.88 km = 1 jam easy run..walaupun begitu target aku agak tinggi, nak habiskan marathon ni dalam masa 3j 40:00….maknanya aku kena lari average pace 5:15/km, memandangkan tak ramai peserta terpaksa la aku pacing diri sendiri..pace aku agak laju untuk 25 km pertama, split seperti print screen kat bawah;

LinkSportsTrack – split every 5 km.

5 km pertama, sepatutnya timing aku 26:04, aku buat 23:22....aku cuba maintain pace 5:15/km, memandangkan endurance aku tahap 0% aku boleh maintain pace tu sampai km ke 26 je...lepas tu terus pace jadi 5:30, 5:29, 5:25, 5:41, 5:57, 5:26, 5:48, 6:05, 6:07, 5:55, 6:11, 6:42, 6:07, 5:44, 5:25, 5:25 & 2:22 (500 meter), kalau ikutkan GPS aku jarak marathon ni 42.47 km, maknanya lebih 200 meter la..

Aku sedar target 3j 40 tu tak akan dapat dicapai selepas tengok split per km makin perlahan..tengok kat pace chart utk 35km - 3j 02:29, timing aku masa tu 3j 01:41, congak2 dalam kepala target aku akan terkeluar dalam lingkungan 5 minit..memang betul la..detail pace tengok sini..

Route marathon Putrajaya ni agak bosan, jalan sunyi je....dan agak berbukit..air mencukupi, pisang disediakan kat km ke 14 kalau tak silap, tembikai kat km 31 dan powergel kat km ke 33, cuma penganjur tak berapa kreatif dalam penyediaan route marker..daripada letak perkataan "40km to go" lebih baik letak kata2 semangat sikit, contohnya "40km to go....check your pace, you're too fast..am i right??" atau "10km to go....good run, keep on moving"...apa2 pun tahniah kepada penganjur..mungkin ada yang tertanya2 macam mana aku mampu boleh buat timing tu walau pun tak training, rahsianya....tetapkan target ikut kemampuan diri, lari ikut pace dari mula.....jangan terikut2 rentak orang lain..dan pakai la compression wear..marathon aku seterusnya "Standard Chartered Singapore Marathon - 4 Disember 2011"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh ke compression wear ni elak cramp?

Rozmi Yunus berkata...

lain orang lain kesannya, utk saya ok la, walau pun tak training...kaki saya langsung x rasa sakit..