Translate

WebSta

Ahad, 26 Jun 2011

Standard Chartered KL Marathon 2011


Photo courtesy of Penonton blog..TQ..

Marathon aku yang ke 13 pagi ni, pacer 3j 30...sampai je Dataran Merdeka jam 4:00 pagi, deposit luggage..terus ke kaunter informasi..belon untuk pacer dah tersedia kat kerusi, besarnya!! Larat ke aku nak bawa belon tu utk 42.2 km?

Jam 4:55 pagi, aku & pacer lain ambik belon dan terus masuk kandang, takde pressure langsung pasal bukannya nak buat PB pun, lari untuk orang lain..tak ramai yang follow pace aku tadi, cuma Zul Azlan je yang melekat sampai km 27, area Jalan Ipoh..then dia slow down pasal cramp, lepas tu ada juga aku bagi motivasi kat runner yang aku sayur..but depa takleh follow..masa kat Jalan Kuching jumpa Moey WS dan Abang Alam Shah..tarik depa berdua..ok la pasal boleh push last 5 km..dapat la diaorang buat timing bawah 3:30..

Ni merupakan kali pertama aku lari marathon betul2 ikut guide pace...memang agak susah, sebab selalunya akan laju untuk jarak 21 km pertama..semalam pun timing utk 21 km = 1j 42.13 sepatutnya 1j 45:00...advance 2 min 47 saat, lepas tu slow down sikit, tunggu Lionel Lee sayur aku (dia pun pacer 3:30)..kat km 25 = 2j 01.55 (guide 2j 04:25)..km 30 = 2j 26:17 (guide 2j 29:18)..km 35 = 2j 50:50 (guide 2j 54:11)..km 40 = 3j 16:01 (guide) 3j 19:04....so, lebih kurang advance 3 min la dari guide pace..dan utk pertama kalinya aku rasa finishing marathon yg amat selesa, boleh bagi semangat lagi kat runner lain..berbeza dgn 3 marathon aku utk tahun 2011 ni, rasa teruk sangat, terutamanya selepas 35 km..

Yang tak bestnya, masuk je Jalan Raja Laut jalan sesak teruk dengan runner kategori 10km & half marathon..nak lari pun susah, langsung tak boleh bezakan mana runners kategori 42.2 km..terpaksa la aku tunggu kat lane finisher 42.2 km untuk support mana2 runner yang masih ada peluang utk buat timing bawah sub 3:30..ok la, ada sorang runner tu..first time buat bawah 3:30..congrate!! Timing aku 3j 28:41..distance 42.13 km..split, heart rate & other data..here..

Split per 5 km

Route Map

Rabu, 15 Jun 2011

TIMEX IRONMAN Sleek 150 Lap vs Garmin FR 405

Semalam aku berpeluang test jam baru ni..TIMEX Ironman Sleek 150 Laps TapScreen Technology, jam ni aku dapat hari Sabtu lepas masa Klinik Larian SCKLM kat Tasik Permaisuri, sebagai salah seorang pacer untuk Standard Chartered KL Marathon 2011 dapat free la..harga pasaran RM569.00 tapi sempena SCKLM ni boleh dapat dgn harga promosi, RM268.00 je...ada sapa2 yang berminat? Boleh beli kat booth TIMEX masa ambik bib @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 22 - 25 Jun ni..

Utk training semalam, 15 km easy pace, aku pakai 2 jam...tangan kanan, Garmin Forerunner 405...teman training/race aku sejak 13 Sep 2008..tangan kiri Timex Sleek 150..kenapa aku pakai FR 405 tu? Jam Timex ni perlukan input dari kita, tap screen setiap km untuk dapatkan split masa setiap km, so jarak tu kena dptkan info dari jam yg ada GPS la..so jam Timex ni hanya boleh digunakan kat race yang ada sediakan marker setiap km, berbanding dgn jam yg ada GPS..boleh set auto split setiap berapa km yang kita nak..

Pasal TapScreen Technology tu, kita just sentuh kat screen jam tu utk split setiap km...aku setkan sensitivity screen tu kat LITE, tapi masa aku training semalam banyak kali juga bila aku tap screen tu, split tak jadi..maybe kena sentuh penuh satu screen kot? Agak menyusahkan dan mengganggu rentak larian..dan banyak kali juga jam tu split sendiri....mungkin aku lari agak laju, split tu terjadi pasal dilanggar angin kot?

Infomasi yang aku dapat dari jam Timex ni semasa training langsung tak membantu untuk aku kekalkan pace, berbeza dgn jam GPS yang menunjukan pace semasa..dan utk review training yang aku buat semalam, just tengok kat dalam jam tu...data tidak boleh dianalisis guna apa2 software..so terpaksa la taip semula data tu utk display kat sini..

Data dari Timex..average pace per split not per km..

Data dari FR405, guna software SportTracks..data online here

Route map

So, jam Timex ni wajib dipakai oleh semua pacer semasa SCKLM pada 26 Jun ni, kalau tidak penaja akan ambik semula jam ni..haha..statement yang agak lawak..nampaknya aku kena pakai 2 jam tangan la.....lagi la nampak lawak..