19
April 2015 – Penulis berpeluang menyertai 3R International Marathon di
Putrajaya, memandangkan tiada latihan langsung, hanya mampu menamatkan jarak
42.2 km tu dalam masa hampir 6 jam, dah jadi walk event pula..:)
Seperti
biasa, penulis akan meneliti keputusan rasmi melalui media sosial untuk
mengenal pasti senarai pemenang. Agak mengejutkan selepas mendapati nama
peserta Kenya yang sama dalam senarai pemenang di Earth Day Int’l Run, UM dan
3R Int’l Run (tarikh & masa yang sama). Perhatikan nama Jackson Kibet Kenei.
Official result |
Pastinya
ini merupakan satu petunjuk, kemungkinan berlaku lagi penipuan oleh peserta
Kenya. Iaitu berlari dengan menggunakan nombor bib peserta lain, yang tentunya
merupakan satu kesalahan dan kemenangan beliau boleh dibatalkan jika dapat
dibuktikan. Setelah membuat carian di
internet & juga bantuan dari rakan photographer, akhirnya penulis pasti nombor
bib 2828 – Jackson Kibet Kenei (no 7)
digunakan oleh Samson Kiplagat Tenai.
Samson in jackson's bib number ** |
Jackson Kibet Kenei * |
Rupanya
bukan satu kes penipuan yang dapat penulis kenal pasti, juga 2874 – Willy
Kipkemoi Rorich (no 8) digunakan oleh John Kiprorir Rutto.
John Kiprorir Rutto with Willy bib number ** |
Willy Kipkemoi Rotich |
Ini
bermakna pelari Kenya yang lain telah menggunakan nombor bib A 119 – John
Kiprorir Rutto di Earth Day Int’l Run dan mendapat tempat ke-2. Penulis tidak
pasti bagaimana penganjur mengesahkan identiti mereka.
Ada
juga maklumat yang disampaikan kepada penulis, semasa mengisi borang maklumat
diri di khemah urusetia (3R Int’l Run), salah seorang pemenang Kenya
bertanyakan kepada rakan mereka bagaimana untuk mengisi nama dalam borang
tersebut!!
Perkara
ini telah dimaklumkan kepada penganjur 3R Int’l Run, terpulang kepada mereka
untuk bertindak atau tidak.
**Photo
courtesy of Tey Eng Tiong, TQ so much..
*
Photo courtesy of PomSportShutter.