Translate

WebSta

Khamis, 24 April 2014

SC KL Marathon 2014 Official Launch


Telah diadakan pada 24 Apr 2014 bertempat di Cristallo Restaurant, Level 33, Pacific Regency Hotel Suites, KL dan disempurnakan oleh YB En. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia & Sukan. Antara tetamu VIP yg hadir ialah  En. Osman Morad, CEO Std Chartered Bank dan wakil Datuk Bandar KL, Datuk Hj Mhd Amin Nordin.

Majlis dimulakan pada jam 10:25 pagi dengan ucapan aluan oleh Mr. Rainer Biemans, Pengarah Dirigo Events, penganjur SCKLM 2014. Diikuti oleh En. Osman Morad.

Mr. Rainer Biemans

En. Osman Morad

Seterusnya ucapan dan pelancaran oleh Menteri Belia & Sukan. Gimik pada majlis perasmian ini ialah beliau mendaftar sebagai pelari pertama untuk kategori 10 Km secara ‘online’.

YB Khairy Jamaluddin

Gimik

Tahun ini merupakan tahun ke-6 Standard Chartered menaja marathon terbesar di Malaysia ini, dan dijangkakan 35,000 peserta akan menyertainya dalam 11 kategori yang dipertandingkan. Untuk rekod, lebih dari 33,800 peserta menyertainya bagi edisi tahun 2013.

Antara fakta yang menarik : 

* Mula/Tamat di Dataran Merdeka, KL dengan pengenalan route baru.
* Hadiah yg ditawarkan USD116,700 (lebih kurang RM376,500), peningkatan  sebanyak 16% dari tahun lepas dengan yuran penyertaan tidak meningkat.
* Tagline yg baru, “Confident. Committed. Courageous”.
* Penaja peralatan sukan yg baru – Brooks.
* Untuk kategori marathon, hadiah wang tunai akan diberikan kepada 10 ‘top finisher’ Malaysia berbanding 5 sahaja pada edisi sebelum ini. Juga tahun ini disediakan  wang tunai untuk 5 ‘top finisher’ Malaysia kategori half marathon.

Sebaik sahaja selesai acara perasmian, terpaksa lepak  bersama Julie Wong, Moey, Sylvia dan Alex memandangkan hujan yg sangat lebat. Bertuah kerana Mr Rainer pun join, dapat la info yg lebih detail pasal route baru. Antara info yg dikongsi beliau, pelari kategori marathon tidak akan berkongsi route yg sama di 2 km terakhir di Jalan Raja Laut dan Jalan TAR sebaliknya bermula menghala ke Jalan TAR dan berakhir dari arah Masjid Negara. Juga no more Jalan Cheras & Jalan Ipoh!! Agak menarik juga, apa2 pun tunggu pengumuman rasmi dari penganjur.

Bagi aku, tahun lepas register kategori ‘Half Marathon’ je tapi DNS pasal hari Sabtu tu aku join ‘Larian Jambatan Sultan Mahmud, Terengganu’, manakala hari Ahad join Sirkit Gunung Nogori – Gunung Telapak Buruk. Tahun ni rasanya 99% aku akan jadi pacer 3:30 utk marathon.

Untuk info & pendaftaran sila ke www.kl-marathon.com @ call 03-78861717

Rabu, 23 April 2014

Aktif Semula...


As Salam & Selamat Sejahtera….

Terlalu lama aku tinggal blog ni….nak kata sibuk tu tak juga, selalunya update race dalam FB je. Banyak race yg aku join, banyak cerita yang menarik utk dikongsi….perasaan untuk menulis tu ada tapi bila tunggu….tunggu…..terus lupa nak update..dan ni merupakan entri aku yang pertama untuk tahun 2014!! Sekian..

Foto ni sekadar hiasan, tiada kaitan dengan entri pun..:)