Translate

WebSta

Rabu, 4 Julai 2012

Mount Berembun Green Challenge 2012

Merupakan kali ke 2 berturut-turut aku join event ni, dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara. Kali ni pun aku naik bas yang disediakan oleh pihak penganjur, naik kat Matic Jalan Ampang…lebih kurang jam 9:00 pagi, Jumaat 29 Jun 2012..kira penuh satu bas la..

Tahun ni perjalanan ke Terengganu smooth je, sampai lebih kurang jam 3:00 petang..tak le macam tahun lepas..ceritanya kat sini..

Lebih kurang jam 5:00 ptg, event briefing…untuk kategori Tertutup Terengganu (kategori yg aku masuk), jarak di panjangkan….tahun lepas 8 km je, tahun ni sampai ke Puncak Gunung Cemerong..

Malamnya selepas acara perasmian & makan malam…cari tempat tidur la, plan asalnya aku nak tidur dalam hammock gantung je but tengok sofa kat dalam dewan tu..macam best je..

Acara bermula jam 8:11 pagi..strategi aku kali ni, maintain je top 3..pasal untuk kategori yg aku masuk tu…2 runners kuat dah dikenal pasti, lagi pun aku baru je habis lari SC KL Marathon minggu lepas….masih lagi dalam recovery mood, memang betul pun…baru event bermula dalam 1 km..sampai area mendaki, kaki rasa penat sangat..ada satu ketika tu rasa macam nak patah balik je, lepas pekena gel “2nd Surge” baru rasa ada semangat sikit..

Masa kat puncak Gunung Cemerong tu, aku selisih dgn 1st & 2nd runner kat area papan tanda 200 meter ke puncak…maknanya gap aku dgn diorang dlm 500 meter la..jauh tu nak kejar..so, ambik langkah selamat la, turun perlahan2 sambil maintain position no.3..

Pace aku kat Garmin Connect, klik sini..

Men Open
Women Open
Men Veteran
Men Closed
Women Closed
Boy
Girl