No 13 Men Open..tahun depan tak nak dah masuk kategori ni..hehe
Energizer Night Run 2012…penganjuran tahun ni
memang terbaik la, selepas bertukar jadi nightmare tahun lepas..tahun ni pun
aku join marathon, walau pun training lebih kurang je..(bila masa pulak aku
training proper? hehe)..marathon aku ke 16..training aku utk marathon ni?
1. 4 Mac – 7.50 km (Kidney Day Run)
2. 11 Mac – 21.72 km (Brooks ½ Marathon)
3. 24 Mac – 4.17 km (Tibi Run)
4. 25 Mac – 9.69 km (X-Country Tasik Perdana)
5. 1 Apr – 21.61 km
6. 7 Apr – 7.20 km
7. 21 Apr – 5.02 km ( test run on morning, ENR at night)
1. 4 Mac – 7.50 km (Kidney Day Run)
2. 11 Mac – 21.72 km (Brooks ½ Marathon)
3. 24 Mac – 4.17 km (Tibi Run)
4. 25 Mac – 9.69 km (X-Country Tasik Perdana)
5. 1 Apr – 21.61 km
6. 7 Apr – 7.20 km
7. 21 Apr – 5.02 km ( test run on morning, ENR at night)
Sepanjang
bulan Mac aku tak training, just masuk race je...bulan April, lagi teruk…LSD on
1 April, then rest seminggu. 7 Apr, training 7.20 km..lepas tu rest 2
minggu!!Pagi 21 Apr tu aku paksa juga turun betulkan urat2 kaki..5 km je..untuk
maintain fitness sikit2 aku just kayuh basikal je, atas trainer..tapi kayuh
& lari guna otot yang berbeza..tu yang rasa semacam je selepas 21 km..
Target
aku…haha, biasa la..3:30, dari awal rasanya aku tak mampu maintain pace 4:58
min/km tapi cuba juga setakat yang termampu & aku check pace setiap km
takut terikut-ikut pace runner lain..boleh maintain pace tu sampai km ke 20
je…lepas tu kena force sikit utk maintain..sehinggalah km ke 26…memang
terkeluar terus la..cuba force pun memang takleh masuk pace 4:58 min/km tu..detail
pace kat Garmin Connect..
Sampai
km ke 37, lebih kurang berbaki 5 km lagi..route memang beralun-alun, seksa sangat..dah
la lari sorang2..3 km terakhir, lari dalam SIC..seingat aku la, 3 km terakhir
tu tak kurang dari 7 runners yang sayur aku..apa boleh buat, mampu pandang je
la….tu la bahananya kalau tak training..tapi kali ni rasanya tak la seteruk
Standard Chartered Singapore Marathon 4 Dis tahun lepas….last 7 km aku
jalan..ceritanya kat sini..
Apa
pun aku dapat juga buat sub 4!! Timing aku 3j 57:18…lepas ni kena rajin2 la
training pasal 24 Jun ni aku jadi pacer 3:30 kat Standard Chartered KL
Marathon..aku bukannya berlari utk diri sendiri TAPI untuk runner lain..