Translate

WebSta

Isnin, 27 September 2010

Newton Run 2010 @ Kinrara

Aku jadi penonton je untuk event ni.....x ramai yang turut sama menonton pasal event ni serentak dengan Olympic Run @ Dataran Merdeka..aku turun pun pasal nak gathering dgn Chap Ayam Runners @ Perjumpaan Raya CAR..lepas lari tu aku dengar ramai juga la yang mengeluh pasal cuaca panas & route yang berbukit or maybe lemak2 lemang & ketupat raya tak habis lagi kot..

Untuk event ni aku snap 1,263 foto..so, upload mana2 yg terpilih je la..more photo..



Jumaat, 24 September 2010

Kejohanan Olahraga ATM Ke-47, Ipoh, Perak

Pagi tadi aku berpeluang la pi tengok kejohanan ni...berlangsung kat Stadium Perak, Ipoh...bertolak dari KL lebih kurang pukul 1.00 pagi..sampai R & R Tapah jam 3.00 pagi, lepak la dengan geng pejabat pasal planning nak sampai Ipoh jam 7.00 pagi..sebenarnya ada masalah dengan medal utk event 4 x 400m L & W (takde dlm list)...urusan tempahan dgn pembekal MSAT yg buat..so tujuan sebenarnya nak hantar medal tu je..

Hari ni merupakan penutup kejohanan tersebut..acara yg dijadualkan...10,000m J/Kaki (L), 1,500m (L), 100m (W), 100m (L), 4 x 400m (W) & 4 X 400m (L), kami sempat menonton sampai event 4 x 400m (W) je...pasal terpaksa balik ke KL lebih kurang jam 9.35 pagi, atas arahan yang tak dapat dielakkan....so tak dapat la nak menonton acara penutup..Keputusan keseluruhannya TLDM johan utk kategori Lelaki & Wanita, manakala Tentera Darat & TUDM masing-masing kedudukan kedua dan ketiga..More photo kat album FB aku tapi quality hampeh..biasa la gambar tu FB dah compress..Click photo utk L size..

1,500m (L)

4 x 400m (W)

100m (L)

Khamis, 23 September 2010

Jogging @ KLCC Park

Semalam Wan SMS, katanya dia on the way dari Ulu Tiram, Johor....mesyuarat kat KL, kena bermalam di Wisma Transit..ajak aku jogging..pucuk dicita ulam mendatang....lagi pun dah lama benar aku tak jogging ni..check dalam FR405, kali terakhir aku training pada 10 August 2010..1 hari sebelum puasa..jog 1 jam kat dalam Kem KEMENTAH..so petang semalam lebih kurang jam 6:20 ptg aku pi la ambik dia kat Wisma Transit tu, terus ke KLCC Park..easy jog je, 35 minit.

Best juga lari kat KLCC Park tu..ramai juga runner yg training situ, antara yang aku kenal, Ronnie See dan Mat Marocco..

Ahad ni...Larian Olimpik @ Dataran Merdeka & Newton Run @ Kinrara, keduanya aku tak register lagi..rasanya aku pi Newton Run kot pasal Chap Ayam Runners buat perjumpaan raya...boleh juga aku 'tembak' diorang..

Split & Map SportTracks