OOB stand for Out Of Bound.....petang2 ni sementara menantikan waktu berbuka, try la edit apa yg patut..kebetulan terjumpa gambar lama ni..shoot @ Crocodile Farm, Melaka..2 jam juga la dok mengadap PC ni..
Seronok juga pi berkhemah kat Sg Chongkak ni, tempat pun menarik....tido malam bertemankan bunyi desiran air sungai..
Perancangan berkhemah ni dirancang sejak minggu lepas lagi, so sedang elok la buat minggu terakhir sebelum puasa..lagi pun minggu ni takde aktiviti race..pi sana bersama 8 famili staf pejabat, 2 hari 1 malam..seronok..yang memenatkan.....dok memintas anak..kita BBQ dia pun sama main api...
Aktiviti....BBQ, makan durian dan mandi sungai la..
Ceritanya, aku jadi photographer bidang terjun untuk event ni....dewan dia memang first class la tapi menu malam tu..hancus..langsung tak sedap..
Pasal story album ni, first time aku tengok kat kedai yang aku dok pi cuci gambar...Desa Sri Hartamas, menarik juga..so, aku pun bertanya la sedikit sebanyak kat tokey kedai tu macam mana nak design album ni..kebetulan aku pun tahu serba sedikit pasal software editing ni..Adobe Photoshop, takde masalah sangat la. Selalunya story album ni banyak wedding photographer yang buat..bersusun2 tempahan kat kedai tu..tapi pasal majlis perasmian ni pun buat kat hotel, try je la..
Design yang aku buat ni saiz 8 x 12, kosnya RM165.00 untuk 20 pages....mahal ke? Kalau tangkap gambar sendiri dan design pun buat sendiri ok la tapi kalau dicampur upah penat photographer mahu jadi RM500..pasal aku tanya kedai tu kalau design dia yang buat...charge RM150.00!!
Run with the ghost...slogan kasut baru aku, Brooks Ghost 3..planning asalnya aku nak try Brooks Launch tapi disebabkan warna kasut ni dah ditukar ke warna hitam..tak berapa ngam..so tangkap Ghost 3 je la....lagi pun sponsor..design memang menarik la kalau dibandingkan dengan Brooks Ghost ( 1st generation)
Brooks Ghost (1st generation)
Brooks Ghost 3
Sebenarnya semalam aku pi store Brooks @ Subang tu pasal ada buyer dari Batu Pahat nak Brooks Cascadia 5 2 pasang, katanya prepare untuk Genting Trailblazer Run 2010..memang pilihan yang tepat la, aku dah try kasut ni banyak kali untuk trail run....walau pun agak berat sikit tapi selesa dan takde masalah utk kawasan berlumpur..harga pasaran RM399.00, mahal juga la tapi sponsor punya pasal aku bagi harga RM280.00, agak berpatutan..kalau nak masuk trail run safety kena jaga....kan tak pasal2 tergolek masuk gaung..
Dari pemerhatian aku la, ramai peserta yang masuk Trailblazer Run ni pakai kasut yang biasa, (termasuk la pelari elit) memang la ringan tapi keburukannya....merbahaya kerana tapak yang kurang grip dan of course la kasut tu mudah koyak @ terkopak tapak..kalau sapa2 yang pernah kayuh basikal, try la guna tayar slick kat jalan offroad.....
Race pagi tadi, memang best....course pun takde la berbukit sangat, yang tak berapa bestnya aku tak tahu pun position aku...maybe banyak sangat kot, ntahlah..sekarang ni nombor tak penting sangat..yang penting timing..
Terkejut juga bila dapat tahu average pace aku 4:16/km..dah cukup bagus selepas hanya seminggu turun training..distance 10.78 Km, timing aku 45:56..ending ikut pace Midon, (tetiba je dia muncul selepas 10 Km...bela hantu apa?) kick off pace biasa2 je..
Then event lepas larian...nasi lemak + teh tarik + dok mengumpat dengan Sharudin, Badrul & wife masing2..haha
Dah lama aku tak jogging kat trek kuda Tasik Titiwangsa ni, so petang tadi aku pi sana la...ramai juga geng2 seperlarian yang training kat situ rupanya, Shahrudin, Badrul, Silahuddin & Jiram..Aku start training pukul 6:25 ptg, depa dah pun warming down..terpaksa la aku training sorang2, satu lap trek kuda tu lebih kurang 500 meter, untuk cukupkan sejam memang boring yang amat sangat la, macam2 isyarat yang kaki aku ni bagi.....sakit betis la, sakit hamstring la..supaya aku berhenti awal..tapi mengenangkan peristiwa hujung minggu lepas (disayur ladies dengan senangnya) aku nekad untuk habiskan workout petang ni..akhirnya berjaya juga..11.80 Km dalam masa 1 jam, average pace 5:05/km..
Selepas 2 hari berturut-turut turun race (walau pun tak training langsung..hehe), petang semalam aku memaksa diri untuk turun training..recovery run, pasal kaki pun rasa semacam je, ingat nak pi Tasik Titiwangsa....malas pulak rasanya, at last jogging kat sekitar rumah je la....1 jam lebih..tapi yang tak berapa bestnya pasal kat sini bukit banyak sangat, dah x jadi recovery run la pulak..lebih kepada strength training..
Dan yang pentingnya sekarang aku seolah-olah baru tersedar dari lena yang panjang...malu pun ada, pasal malas nak turun training......lebih ramai runner yang menyayur aku sekarang ni, tanpa belas kasihan!! Kalau ye pun bagi la salam....dan yang paling aku kecik hati, ladies pun dah mula berkemampuan untuk menyayur aku..ini memang sudah melampau!!
Lepas ni aku akan berdisiplin......susun program dan yang paling penting ikut program tu..tunggu.........standard nak kena jaga juga..
Siemens Run 2010 pagi tadi memang happening la..sebagaimana tahun 2009, penyertaan memang ramai..penuh Dataran Merdeka, kat starting point tadi aku dah tak leh menyelit kedepan lagi..memang pack..sudahnya aku starting lebih kurang 20 meter dari starting line dan mengambil masa 27 saat untuk cross SL tu..
So, race pagi ni aku layan je..takde nak target apa pun, setakat bawah 50 minit tu takde masalah..dari km-1 hingga km-6 try jadi pacer utk Amutha, sampai je kat Padang Merbok dah tak leh maintain @ Amutha yg increase pace??So ikut dari jauh je lah....sampai Jln TAR, lepas Sogo best sangat pasal ada team sorak..
Average pace aku 4:37/km, time 46:53, kedudukan 48 Men Open...lepas ni kena rajin sikit turun training..dapat maintain pace 4:15/km ok la..try lagi @ Orange Run minggu depan..
2 bulan lebih aku tak masuk race, sejak Larian Bomba 2 Mei 2010..race ni pun aku dapat tahu last minute, info dapat dari blog Ronnie so ptg semalam aku pi la register kat Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan..tengok route dia, menarik juga pasal lari ikut depan KLCC..bayar RM10.00 je, kira berpatutan la..
Peserta dilepaskan dari kandang jam 7:32 pagi, geng elit tak ramai sangat...mungkin depa simpan tenaga untuk Siemens Run esok kot..antara yang aku kenal Arul Thevar, Karthik, Jayakumar & Vicky..geng Chap Ayam Runners pun ada...diketuai oleh CAR1 - Mohd Hailmi..
Aku lari pace biasa-biasa je, pasal lama sangat dah tak pakai Heart Rate Monitor, sambil berlari asyik dok betulkan benda tu je, tak pakai kan tak best pulak pasal takut over limit..km-1 ok lagi pasal route agak flat, pace pun 4:17/km, masuk km-2 merayap juga la mendaki bukit Menara KL, pace 4:58/km....turun bukit tu lega sikit, belok kiri terus ke Jalan P.Ramlee, km-3 pace 3:57/km..turun bukit beb, tu yang mencanak laju. Tengok kat depan Vicky dah berhenti, pancit la tu..
Then lalu Jalan Ampang, km-4 betul-betul kat depan Kedutaan Pakistan, pace 4:33/km..belok kanan masuk Jalan Sultan Ismail, then belok kiri ke Jalan Raja Abdullah..km-5 kat Jalan Dang Wangi, pace 4:38/km..Seterusnya belok kanan, maintain pace je kat Jalan Ampang hingga ke Jalan Gereja..km-6, pace 4:33/km..Then masuk Jalan Bukit Nanas, keluar semula ke Jalan Raja Chulan, km-7, pace 4:37/km.. jarak keseluruhan 7.04 km je, penganjur gempak je..dalam borang tulis 10 km..so rumusannya, route tadi 1.91 km @ 27.3 % mendaki (ascending), 3.28 km @ 48.0 % flat & 1.84 km @ 24.7 % menurun (descending)..average pace 4:31/km, time 31.47, kedudukan nombor 10 dalam kategori Men Open..
Lepas habis je larian aku lepak dgn Hailmi, tunggu medal...macam2 aktiviti pulak depa buat, tarian world cup "bafana-bafana" la , quiz la, sukaneka la...dari pukul 8 lebih sampai pukul 10.00 pagi, tak leh jadi ni..so balik dulu la, medal?? Mintak tolong Hailmi ambik la..
Race aku yang pertama selepas lama bertapa...Larian Bersama Bomba 2010 @ Dataran Merdeka, KL..lari ikut pace sendiri je, dah memang tak training...route larian pula macam biasa la, berbukit-bukit kat Jalan Duta..masa aku lari tadi, ada la sorang mamat tu...baru berkecimpung dlm dunia larian kot, dia try buat fartlek dengan aku...bila aku rapat je dia makin laju..huhu..masa tu baru Km ke-3, then bila dia dah boring fartlek aku rapat la dgn dia..interview sikit, sambil lari tu....nampak sangat aku lari main-main..
Katanya dari Kem Terendak, Melaka..atlet olahraga 10 Bgd Para..preparation stage utk Kejohanan Olahraga Tentera Darat pada 7 - 9 Jun @ Stadium UPM..so, aku bagi la sikit tip..lain kali lari kena maintain je..
Keputusannya aku dapat nombor 49 (banyaknya!!) Kategori Men Open, masa 48:38 Average pace 4:30/km...macam tak percaya je..laju juga tu..split/HR/Other data kat Garmin Connect..klik..
Seronok tengok kawan-kawan berlari tadi, aku jadi photographer je..tu je aku mampu sumbangkan utk event ni, nak lari memang tak mampu lagi pasal fitness tahap 0..apa2 pun tahniah utk semua yang menamatkan larian tadi..anda adalah pemenang, tak kira la depan @ belakang..tak kisah, kita memang la Chap Ayam Runners.................(termasuk la aku..huhu)..foto lain sila pi kat FB, kalau nak yg full size..e-mail je kat aku..mana la tau kot-kot nak buat frame besar & tampal kat rumah..
Grouping photo
Top 3 Men Open Category...Mr Arumugam tu ambik bagi pihak Fauzan..