Translate

WebSta

Ahad, 21 April 2013

KL 10 Km Roadrace....thumb down!!


Dah lama aku tak update event kat blog ni….event terkini yg aku sertai, KL 10 Km Roadrace, yg telah berlangsung dengan penuh ‘sedih’nya minggu lepas – 14 Apr 2013…hehe..

Pertama kalinya dlm sejarah acara larian yg aku sertai….penganjur acara ni iaitu ‘Cadence Project’ mengubah janji2 manisnya pasal hadiah yg ditawarkan….utk tempat pertama kategori Lelaki/Wanita Terbuka – hadiah dikurangkan dari RM1000 ke RM500!! Juga diubah kepada top 10 dari senarai asal top 15, paling bangangnya penganjur ni….ikut suka dia je ubah apa yg dia suka kat dalam blog tu, dlm fan page FB  http://www.facebook.com/KLRoadRace dia langsung takde announce psl perubahan hadiah tu..elok sangat la kan? Nombor telefon pun takde kat blog penganjur ni.. http://klroadrace.blogspot.com, satu-satunya cara utk berhubung dengan penganjur tu cuma melalui Facebook…tu pun cuma jawab 2 komen je & 1 post minta maaf…hari Isnin lepas 15 Apr….dan terus menghilangkan diri sampai sekarang..

Memang la penganjur berhak utk ubah apa jua syarat yang telah ditetapkan awal tetapi mengurangkan jumlah hadiah wang kemenangan adalah sangat keterlaluan, pasal perkara tersebut merupakan salah satu tarikan utama kepada peminat sukan ini..

Hadiah asal

Hadiah yg telah diubah

Alasan yang diberikan penganjur ialah acara ini kurang mendapat sambutan dan juga kekurangan penajaan. Alasan ini boleh dipertikaikan kerana acara ini mengenakan yuran penyertaan yang agak tinggi berbanding larian lain di Kuala Lumpur (RM50 utk early chicken & RM60 utk normal). Kot nak bagi alasan pun, agak-agak la kan, pasai apa pendaftaran ditutup awal kalau kurang mendapat sambutan….buat je la ‘walk in registration’ masa bagi nombor bib tu. Dengan 2000++ peserta bagi keempat-empat kategori tu kurang lagi ke? Tambahan pula ni kali pertama depa anjur acara larian…..Penganjur juga dilihat cuba menjimatkan kos dengan tidak memberi goodies bag, light breakfast dan juga sijil penyertaan walaupun ianya dinyatakan dalam blog. Print screen alasan penganjur seperti dibawah:



Maybe penganjur ingin menjimatkan kos kerana menyewa peralatan Timing Chip dari syarikat Championchip. Dari segi teknikal aku juga mempertikaikan penggunaan Timing Chip ini kerana alat pengesannya cuma satu sahaja iaitu digarisan permulaan. Dipertengahan larian langsung tidak diberikan gelang atau tanda check point, juga tidak ada petugas yang mencatatkan nombor peserta. Ini diburukkan lagi dengan nombor bib peserta yang dibuat dari kertas yang bukan kalis air, ramai peserta yang menamatkan larian tanpa nombor bib kerana tertanggal/rosak. Yang bestnya aku ada bukti seorang peserta yang tidak berlari mengikut peta laluan yang sebenar tetapi nama beliau ada dalam senarai keputusan rasmi, nama terpaksa dirahsiakan atas sebab2 kemaluan…hehe..Semasa penyampaian hadiah, acara sampingan iaitu cabutan bertuah terpaksa dibuat dalam bentuk menjawab quiz kerana kebanyakan nombor peserta telah rosak/hancur!! (Penyampaian hadiah pun bawah khemah je….lagi usaha untuk menjimatkan kos!! Sewa pentas mahal oooo)….lagi bestnya cetak logo FTAAA kat banner larian depa, walhal FTAAA tak terlibat secara rasmi pun!!

Keputusan aku dalam acara ni seperti dibawah…data kat Garmin Connect sini..Maybe penganjur ni ingat depa boleh lepas la kot dengan usaha murni ni…menipu kami, peminat tegar larian ni….tunggu je la tindakan dari FTAAA dan juga Kesatuan Olahraga Malaysia!!


Jumaat, 8 Mac 2013

Turn yourself from Zero to Hero!


The Standard Chartered KL Marathon 2013 will be organising a total of 14 ‘Zero to Hero’ training circuits from March to June, conducted by Mark Williams, the official running coach of the Standard Chartered KL Marathon 2013. ‘Zero to Hero’ training circuits aim to help runners prepare themsleves for the Full Marathon, Honda Half Marathon, and the 10km categories. The first training circuit will take place on 10 March and the final training circuit will be on 9 June 2013.

Each session includes a short briefing on a selected topic followed by supervised runs for a pre-determined length of time. Participants will gain useful information such as weekly training management, nutrition and hydration, stretching techniques, and injury prevention.

In addition to the 10 regular training circuit sessions, this year the Standard Chartered KL Marathon will include four (4) specialised training sessions, which are ‘Hill Repetitions’, ‘Acceleration Run’, ‘Fartlek Run’ and ‘Interval Runs’ held on selected Wednesday evenings.

Admission for the running circuit is free but places are limited. Runners who are interested to participate may register online. Registration will be open in stages.

For more information, please visit http://www.kl-marathon.com/ .

The calendar for ‘Zero to Hero’ Training Circuits is as follows:

Circuit Date
Location
Topic
Start Time
10 March
Taman Metropolitan Kepong
The Training Plan
6.30am
13 March
Taman Botani Perdana
Specialised Training:
Hill Repetitions
6.30pm
17 March
Taman Metropolitan Kepong
The Benefits of Running
6.30am
31 March
Taman Bukit Jalil
Running Technique
6.30am
10 April
Taman Botani Perdana
Specialised Training:
Acceleration Run
6.30pm
14 April
Taman Bukit Jalil
Training Well
6.30am
21 April
Taman Tasik Permaisuri
Running Apparel
6.30am
28 April
Taman Tasik Permaisuri
Avoiding Injuries and Knowing your Injuries
6.30am
8 May
Taman Botani Perdana
Specialised Training:
Fartlek Run
6.30am
12 May
Taman Metropolitan Batu
Nutrition and Hydration
6.30am
19 May
Taman Metropolitan Batu
How to get the Most Out of Technology for Running
6.30am
29 May
Taman Botani Perdana
Specialised Training:
Intervals Run
6.30pm
2 June
Taman Botani Perdana
Sports Psychology
6.30am
9 June
Taman Botani Perdana
The Taper
6.30am

Khamis, 28 Februari 2013

Tebu Mountain Challenge 2013


Tebu Mountain Challenge – 23 Feb 2013, jauh di Pantai Timur, dalam daerah Besut, Terengganu. Pada mulanya aku tak pasti la, nak join ke tidak event ni….memandangkan kategori veteran bermula umur 45 tahun, kalau nak masuk kategori Lelaki Terbuka rasanya tak la kot pasal pastinya saingan sangat sengit, kalau agak2 tak dapat top 10 baik tak masuk..setakat dapat finishing medal je buat apa..option yang ada cuba kategori International je…

So, aku travel ke Besut dgn kereta….lebih kurang jam 10:00 pagi, 22 Feb..Jumaat, bersama dengan Aqim & Mubin, pasal dah janji nak camping kat sana….mesti la best kot?

Sampai ke Lata Belatan, Besut (kaki G.Tebu – starting point) lebih kurang jam 6:00 ptg, tengok dah ramai peserta yg sampai….terus lepak kat gerai situ, jumpa dengan otai – Mat Omar dan ejen Kenya yg paling top kat Malaysia, En. Aman, sambil2 tu ambik peluang tanya psl peserta Kenya….yang dia bawa 3 org, confirm & yang dia tahu akan turun maybe 2 runners lagi….so, 5 org semuanya..ada peluang lagi tu..takpe, register pagi sebelum event la..

Then lebih kurang 7:00 ptg, ke Kg Gong Kepas, rumah kakak aku la….pi ambik anak saudara, psl dah janji camping sekali….sambil jaga Aqim & Mubin..Lepas solat Maghrib terus ke Bandar Jertih…..beli nasi dulu, bungkus & makan dlm khemah ..sampai ke Lata Belatan terus pasang khemah, siap je khemah….hujan turun dengan lebatnya……….adoiiii, khemah pula bocor..apa2 pun makan dulu pasal dari tengahari tadi tak makan nasi, lepas je habis makan….ubah plan, pasal khemah & baju dah basah..balik tido kat rumah je, dipendekkan cerita….angkat beg, naik kereta..balik rumah…..khemah tu, esok la kemas!!

Pagi Sabtu tu, bangun awal….sebelum jam 7:00 pagi dah sampai ke Lata Belatan, terus ke bilik urusetia, check peserta kategori International….ada 9 orang peserta je, so kalau aku masuk confirm dapat top 10…..terus daftar, kalau tak plannya aku nak jadi photographer je….lepas register tu, terus jumpa geng Persatuan Kembara Negara, Arif….psl dia pun photographer juga, so confident la sikit nak bagi dia shoot guna DSLR aku tu….5D Mark III with EF 24-70 f2.8 L.

Peserta dilepaskan tepat jam 8:02 pagi, target aku dapat no 8 pun cukup la..aku lari sama2 dengan Ujang, pasal saingan pun cuma dari dia dan Suhaili je….lari agak relak la..banyak sembang pula…hehe

Aku sampai ke puncak G.Tebu kedudukan ke 8, misi yang boleh dikatakan agak mustahil untuk rapat dengan kelima-lima runners dari Kenya tu tapi rupa-rupanya ada sorang Kenya tu turun agak perlahan, mungkin tak biasa lari trail kot….dapat la ‘sayur’ dia…..tak lama kemudian aku dapat rapat dengan Ujang, dia dah gelabah dah bila tengok aku tiba2 dapat ‘tangkap’ dia….asyik toleh ke belakang je..pasal kenal, aku pun marah la…..sempat lagi bagi tips, lari trail tak boleh toleh kebelakang….kena bagi 100% tumpuan, pasal banyak sgt halangan..

Pasal dah melepasi target, aku pun takdelah pulun sangat….no.7…foto lain, klik sini..

Starting
Keputusan International Men & Women
Keputusan National Men & Women
Keputusan Master@Veteran Men & Women
Keputusan Pelajar Men & Women

Rabu, 20 Februari 2013

Majlis Pelancaran Standard Chartered KL Marathon 2013


Terima kasih kpd penganjur Standard Chartered KL Marathon pasal jemput aku ke majlis pelancaran SC KL Marathon 2013 pada 19 Feb 2013 bertempat di Standard Chartered KL Park, mula-mulanya aku tertanya-tanya juga…kat mana SC KL Park ni? Rupanya dekat je dgn KLCC…dan aku pernah pun shoot lanskap kat sini masa kursus foto dulu, tak tahu pun tempat ni nama SC KL Park!!

Tak tahu la aku dijemput atas tag blogger atau photographer….blog ni pun agak kurang info umum psl larian, lebih kepada laporan larian yg aku sertai je…

Dipendekkan cerita, ketibaan media & jemputan bermula jam 3:30 ptg..




Ketibaan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan tepat jam 4:00 ptg, seperti dijadualkan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Mr Rainer Biemans, Pengarah Dirigo Events Sdn Bhd, penganjur yg akan menganjurkan SC KL Marathon 2013. Diikuti oleh En Osman Morad, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Sdn Bhd dan Datuk Hj Mhd Amin Nordin bin Abd Aziz, wakil kepada Datuk Bandar K.Lumpur.

 Mr Rainer Biemans
Mr Osman Morad
 YBhg Datuk Hj Mhd Amin Nordin

Seterusnya ucapan dan pelancaran oleh Menteri Belia & Sukan.







Tahun ini merupakan tahun kelima Standard Chartered menjadi penaja utama kepada marathon terbesar di Malaysia ini dan penganjur menetapkan utk mencapai sasaran 30,000 peserta. Untuk rekod peserta tahun 2009 ialah 13,412 peserta, 2010 - 17,600 peserta, 2011 - 21,866 peserta dan tahun 2012 seramai 28,050 peserta. 

Bagi aku, tahun 2009, aku masuk kategori marathon dengan catatan masa 3j 38:52. Tahun 2010, aku register kategori marathon juga tapi DNS pasal tak cukup training, tahun 2011 dan 2012 aku jadi pacer 3j 30 dan tahun ini aku register kategori half marathon je..

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini, sila rujuk http://www.kl-marathon.com dan http://www.facebook.com/SCKLmarathon

Untuk foto lain sila ke page aku http://www.facebook.com/themarathonworldphotography

Ahad, 3 Februari 2013

Yam Tuan Antah Challenge


Sirkit Cabaran Gunung Negara yg pertama – Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan…..pertama kali aku join event trail running dalam kategori veteran, rasanya tak banyak sangat cabaran. Kalau ikutkan runners yg agak kuat dalam kategori veteran ni, ramai dari Sabah….of course la depa tak datang ke sini, jauh sgt.

Ptg Khamis 24 Januari, buddy lama dari Kuala Kangsar N.Devandran call, katanya nak tumpang pergi sekali ke Gunung Datuk….alamak, orang kuat ni..turun satu step la podium aku..

Dipendekkan cerita, hari Sabtu tu Devandran naik bas dari K.Kangsar ke KL, sampai lebih kurang pukul 1:00 ptg, aku ambik dia kat Pudu Sentral…terus balik ke rumah aku dulu….lepak2 & makan dulu. Jam 5:30 ptg aku bertolak ke Rembau, lebih kurang 1 ½ jam je perjalanan..

Sampai G.Datuk dah hampir maghrib, terus pasang khemah….best juga sekali sekala tido dalam khemah ni, makan malam..penganjur sediakan, senang la…tak payah la susah-susah bawa dapur..

Ahad 27 Januari, pukul 6:00 pagi bangun, beratur panjang depan bilik air, kalau dah ramai gitu la….7:30 pagi, siap….sambil2 tu aku shoot gambar sikit utk letak dalam page FB & blog aku ni..

Tepat jam 8:05 pagi, kategori aku dilepaskan….berdesup2 pasal turun bukit, aku agak kebelakang sikit….masuk je jalan off road,  makin sesak pasal ramai dah mula jalan….baru 1 km dah ada yg duduk je kat trail tu….makin sesak la, ada juga yang slow tapi tak nak bagi org belakang potong….gitu pun ada..sabar je la..

Sampai ke puncak G.Datuk, aku runners yg ketiga….turun kena pulun sikit, nasib baik la runners yg depan aku tu tak turun laju sgt, sempat la ‘sayur’…Devandran tak payah cakap la…org lama, turun macam kena kejar hantu….kejap je hilang..

Aku cuma mampu dapat no 2 je, takpe lain kali boleh cuba lagi..

Tracklog guna GPS aku..9.14 Km je? Detail kat sini..

Keputusan penuh, diambil dari page FB YTAC.

Foto penamat, shoot by staff PKN, guna DSLR aku.

Penyampaian hadiah, shoot by Syukri with my DSLR.

Untuk gambar2 lain sudi-sudi la melawat page aku kat Facebook..klik..

Khamis, 24 Januari 2013

Kasut Trail?

Sedikit info yang ingin aku kongsi bersama..bersempena dengan Sirkit Cabaran Gunung Negara 2013 yang akan bermula 27 Januari ni di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut berkenaan sirkit ini sila ke website PersatuanKembara Negara.

Sebenarnya, aku join sirkit ni sejak pertama kali diperkenalkan, dikenali sebagai Sirkit Kembara Negara tahun 2005..masa tu kalau tak silap aku sirkit ni dibahagikan kepada 4 zon, dimulai dengan zon tengah Gunung Chenuang, Selangor dalam bulan Mac 2005, sirkit kedua zon utara Gunung Jerai, Kedah. Diikuti sirkit ketiga zon timur Gunung Tebu, Terengganu dan yang terakhir zon selatan Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Aku mendapat tempat ketiga di belakang Raja Gunung SKN 2005 Allahyarham Rosli Rumia dan N.Devandran.

Entri aku kali ni memfokuskan kepada penggunaan kasut yang sesuai utk larian gunung ini..Dari pemerhatian aku, tak ramai runners yang peka & mengambil berat pasal bab ni, bukan hanya pelari santai malah pelari elit Malaysia..juga pelari elit dari Kenya. (tiada pelari Kenya yg memakai kasut trail semasa menyertai Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2011 dan 2012)…mereka ini memakai kasut sukan biasa, yang khusus utk roadrace..dengan grip ditapak agak minimum….dan akibatnya, terbabas la..

Seumpama lumba moto/kereta F1 la...kalau hujan tu, biasanya pelumpa akan tukar tayar 'wet weather' utk lebih grip, kalau tak confirm terbabas..kalau terbabas tak terseliuh takpe la, kalau seliuh?Sendiri tanggung la....sapa nak tolong kat atas gunung tu?

Kalau diperhatikan kasut trail dan kasut roadrace agak berbeza corak grip ditapaknya..

Perbezaan tapak kasut trail & road

Kalau 2-3 tahun lepas memang tiada langsung kasut trail yang dibuat ringan sepertimana kasut roadrace, tapi awal 2012…Brooks telah memperkenalkan kasut PureGrit, dah boleh bye2 kepada kasut yg agak berat seperti Brooks Cascadia..

PureGrit 2 vs Cascadia 8

Harga pasaran utk Cascadia 8 dan PureGrit 2 ialah RM 439.00, agak mahal betul tak? Tapi kalau beli dengan aku dapat la diskaun 30%++, ok la tu....dlm sekitar RM300.00

Selasa, 22 Januari 2013

Cross Country FTAAA

 
Event aku yang ke-2 utk tahun 2013, pasal dah baca kertas aturcara, kategori aku flag off pukul 7:55 pagi….aku pun agak relak, pukul 7:10 pagi baru keluar dari rumah..macam biasa la….naik moto..sampai kat simpang 4 Jln Raja Laut, sekitar Tune Hotel..jalan ditutup pasal OCBC Ride….adoiii…cilok ke Jalan Putra, tutup juga, masuk Jln Raja Laut semula, Jln Tun Razak terus ke Tasik Perdana melalui Lebuhraya Mahameru, sampai Lake Garden 7:35 pagi…kelam kabut  letak bag kat khemah luggage tu, terus ke starting point..lagi gila….langsung tak sempat warm-up!!

Peserta dilepaskan tepat jam 7:55 pagi..berdesup-desup la tekan turbo, aku pakai kasut trail..Brooks PureGrit, agak keras dan tak selesa utk lari on road..

Pasal takde runner elit, rupanya aku yg jadi leading, nasib baik juga sampai kat area bukit menghala ke Planetarium Negara tu…sama route dengan kategori Lelaki Terbuka, tak la tension sgt..

Nama cross country tapi jalan trailnya sikit sgt,rasa tak berbaloi pakai kasut trail…km-6 je yg terasa macam cross country, area hutan kat Tugu Negara..

Kalau ikutkan borang, jarak larian cuma 6km ++ je, sampai kat Tugu Negara tu aku tengok GPS dah menunjukkan jarak 6 Km, ingatkan kan bila sampai je Jln Parlimen tu terus masuk ke Lake Garden, rupanya kena ikut jalan jauh, pusing 1 lap Lake Garden…mental betul….dah la panas!!

Sampai je finishing line, tengok GPS 9.41 Km, terlebih sudah..Apa2 pun alhamdullilah, aku berjaya mendapat podium pertama aku..Pace chart kat Garmin Connect.

Multi-Purpose Insurans Run


Event pertama aku utk tahun 2013..Multi-Purpose Insurans Run 6 Januari 2013, terpaksa register kategori 12 Km pasal kategori ni je yg ada kategori veteran..Flag off jam 7:08 pagi, agak awal…aku sampai Padang Merbuk  jam 6:55 pagi, agak lambat…..memang tak sempat warm-up la…puncanya pasal malam tu tidur lambat, rasanya dalam pukul 2:00 pagi,..

Kaki pun rasa semacam je pasal tak cukup tido, layan je la….route agak berbukit kat Bukit Tunku tu…nama pun dah bukit!!

Dipendekkan cerita, sampai kat area Padang Merbuk tu, Fendi menjerit kat aku..katanya kedudukan ke 7..sampai kat finishing line, aku dapat tag kedudukan ke 10, nasib baik..aku pun bukan lari dengan 100% effort..

Rupanya Fendi ingatkan aku masuk kategori Lelaki Terbuka lagi, kategori Lelaki Terbuka tak ramai runner yg kuat pasal ada banyak pilihan…8 Km dan 5 Km..

Pace chart aku kat Garmin Connect..

Happy New Year 2013...I'm a new contender!!


Rasanya masih belum terlambat bagi aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013, hampir terlupa pulak aku ada blog….sibuk sangat la konon!!

Rupanya dah masuk 4 tahun aku mengaktifkan blog ni, post pertama aku pada 31 Januari 2009..sini..

Tahun ni juga, tahun pertama aku bertanding dalam kategori Junior Veteran, sedikit sebanyak ianya memberi aku semangat utk training..