Translate

WebSta

Ahad, 31 Oktober 2010

Genting Trailblazer Run

Event ni dah macam jadi acara wajib aku pulak..dah 3 tahun berturut2 aku join..teruk tu memang la, tapi part yang paling last tu yang paling best..memang takde la kat mana2 larian..

Tahun ni aku partner dengan Farid, kalau ikutkan aku register dengan Affindi...but last minute dia kena lari event 10000m kat Olahraga MAAU..Kali ni aku dapat no 2, time 1j 15.30...ok la tu, berbanding tahun lepas 1j 33.33..jarak 10.05 Km je..berbanding 14 Km yang organizer war-warkan..rasanya tak salah la kot, pasal dah 2 tahun berturut2 GPS aku tunjukkan jarak yang sama je..tahun lepas 10.03 Km..detail klik here..

Then lepas habis je lari tu..cepat2 mandi + tukar baju..then jadi photographer la pulak..gambar yg terpilih akan di upload kemudian..

Kak Ida & Farid

Ronnie See

Mr Tey...most commited photographer in running event..

Acara merangkak 50 meter pusingan akhir??

Split aku

Sabtu, 30 Oktober 2010

Olahraga MAAU 2010

Some photo that i capture this morning...clik on it for extra large..



Rabu, 27 Oktober 2010

@ Zoo Negara sometime ago....

Petang ni tak training pasal kena pi pasar....barang dapur dah habis daa...so, sementara tu upload gambar ni dulu..

Isnin, 25 Oktober 2010

87th Malaysian Open Athletics Championship

Kejohanan Olahraga Kebangsaan Ke-87 tahun 2010....rupanya dah masuk edisi ke 87 la....bakal berlangsung di Trek Latihan MSN, Bukit Jalil pada hujung minggu ni..Sabtu & Ahad, kepada sesiapa yang kelapangan datanglah...masuk percuma je..haha..jadual event, kat bawah ni..klik photo untuk extra large size..

Event Day 1, 30 Oct 2010

Event Day 2, 31 Oct 2010

Ahad, 24 Oktober 2010

LSD @ Tasik Perdana-Hartamas


Pagi ni aku join Pacemakers training LSD, starting kat car park Bukit Aman...terus ke Sri Hartamas, lebih kurang 21.5 Km....rupanya ni merupakan training aku paling jauh untuk 2010 ni..haha, dah nak habis tahun 2010 dah..pace pun easy je, cuma balik je laju sikit, apa2 pun enjoy la training ramai2 ni..for maps and detail, HR/Elevation/Avg Pace...click here..

Khamis, 21 Oktober 2010

Speed Workout @ KLCC Jogging Track

Masuk hari ni dah 3 hari berturut2 aku training kat trek jogging KLCC...seronok juga pasal ada geng, kalau tak training sorang2 je kat dalam Kem Kementah ni..dah la route berbukit..

Then ptg ni aku join geng Pacemakers training speed workout..1.3 Km x 5, RBR 5 min..pace aku 5:00 min, tak la laju sangat..ok la pasal lama dah tak buat speed workout..result runner lain..klik..

Split aku..last lap tu 4:56, lambat stop..

Khamis, 7 Oktober 2010

UM Night Run Challenge 2010

Semalam dpt SMS dari student kita kat UM..Brader Amalul Asyraf, geng-geng depa ni organize larian malam kat kampus UM pada malam 30 Okt ni, jaraknya 5 Km je....kategori Terbuka Lelaki & Terbuka Wanita je..kepada pak cik2 macam aku ni kena la gasak dengan orang muda..huhu..so, sapa2 yang ada kelapangan hadirlah beramai-ramai..pada geng2 hardcore takde masalah walau pun pagi 30 Okt tu maybe dah pulun kat X-Country Genting..maklumat lanjut..klik sini..

Isnin, 27 September 2010

Newton Run 2010 @ Kinrara

Aku jadi penonton je untuk event ni.....x ramai yang turut sama menonton pasal event ni serentak dengan Olympic Run @ Dataran Merdeka..aku turun pun pasal nak gathering dgn Chap Ayam Runners @ Perjumpaan Raya CAR..lepas lari tu aku dengar ramai juga la yang mengeluh pasal cuaca panas & route yang berbukit or maybe lemak2 lemang & ketupat raya tak habis lagi kot..

Untuk event ni aku snap 1,263 foto..so, upload mana2 yg terpilih je la..more photo..



Jumaat, 24 September 2010

Kejohanan Olahraga ATM Ke-47, Ipoh, Perak

Pagi tadi aku berpeluang la pi tengok kejohanan ni...berlangsung kat Stadium Perak, Ipoh...bertolak dari KL lebih kurang pukul 1.00 pagi..sampai R & R Tapah jam 3.00 pagi, lepak la dengan geng pejabat pasal planning nak sampai Ipoh jam 7.00 pagi..sebenarnya ada masalah dengan medal utk event 4 x 400m L & W (takde dlm list)...urusan tempahan dgn pembekal MSAT yg buat..so tujuan sebenarnya nak hantar medal tu je..

Hari ni merupakan penutup kejohanan tersebut..acara yg dijadualkan...10,000m J/Kaki (L), 1,500m (L), 100m (W), 100m (L), 4 x 400m (W) & 4 X 400m (L), kami sempat menonton sampai event 4 x 400m (W) je...pasal terpaksa balik ke KL lebih kurang jam 9.35 pagi, atas arahan yang tak dapat dielakkan....so tak dapat la nak menonton acara penutup..Keputusan keseluruhannya TLDM johan utk kategori Lelaki & Wanita, manakala Tentera Darat & TUDM masing-masing kedudukan kedua dan ketiga..More photo kat album FB aku tapi quality hampeh..biasa la gambar tu FB dah compress..Click photo utk L size..

1,500m (L)

4 x 400m (W)

100m (L)

Khamis, 23 September 2010

Jogging @ KLCC Park

Semalam Wan SMS, katanya dia on the way dari Ulu Tiram, Johor....mesyuarat kat KL, kena bermalam di Wisma Transit..ajak aku jogging..pucuk dicita ulam mendatang....lagi pun dah lama benar aku tak jogging ni..check dalam FR405, kali terakhir aku training pada 10 August 2010..1 hari sebelum puasa..jog 1 jam kat dalam Kem KEMENTAH..so petang semalam lebih kurang jam 6:20 ptg aku pi la ambik dia kat Wisma Transit tu, terus ke KLCC Park..easy jog je, 35 minit.

Best juga lari kat KLCC Park tu..ramai juga runner yg training situ, antara yang aku kenal, Ronnie See dan Mat Marocco..

Ahad ni...Larian Olimpik @ Dataran Merdeka & Newton Run @ Kinrara, keduanya aku tak register lagi..rasanya aku pi Newton Run kot pasal Chap Ayam Runners buat perjumpaan raya...boleh juga aku 'tembak' diorang..

Split & Map SportTracks

Sabtu, 21 Ogos 2010

OOB


OOB stand for Out Of Bound.....petang2 ni sementara menantikan waktu berbuka, try la edit apa yg patut..kebetulan terjumpa gambar lama ni..shoot @ Crocodile Farm, Melaka..2 jam juga la dok mengadap PC ni..

Combine 2 photo ni guna PS CS5

Isnin, 9 Ogos 2010

Picnic @ Sg Chongkak, Hulu Langat


Seronok juga pi berkhemah kat Sg Chongkak ni, tempat pun menarik....tido malam bertemankan bunyi desiran air sungai..


Perancangan berkhemah ni dirancang sejak minggu lepas lagi, so sedang elok la buat minggu terakhir sebelum puasa..lagi pun minggu ni takde aktiviti race..pi sana bersama 8 famili staf pejabat, 2 hari 1 malam..seronok..yang memenatkan.....dok memintas anak..kita BBQ dia pun sama main api...

Aktiviti....BBQ, makan durian dan mandi sungai la..

Jumaat, 6 Ogos 2010

My 1st Story Album..

Ceritanya, aku jadi photographer bidang terjun untuk event ni....dewan dia memang first class la tapi menu malam tu..hancus..langsung tak sedap..

Pasal story album ni, first time aku tengok kat kedai yang aku dok pi cuci gambar...Desa Sri Hartamas, menarik juga..so, aku pun bertanya la sedikit sebanyak kat tokey kedai tu macam mana nak design album ni..kebetulan aku pun tahu serba sedikit pasal software editing ni..Adobe Photoshop, takde masalah sangat la. Selalunya story album ni banyak wedding photographer yang buat..bersusun2 tempahan kat kedai tu..tapi pasal majlis perasmian ni pun buat kat hotel, try je la..

Design yang aku buat ni saiz 8 x 12, kosnya RM165.00 untuk 20 pages....mahal ke? Kalau tangkap gambar sendiri dan design pun buat sendiri ok la tapi kalau dicampur upah penat photographer mahu jadi RM500..pasal aku tanya kedai tu kalau design dia yang buat...charge RM150.00!!