Translate

WebSta

Ahad, 2 Mei 2010

Larian Bersama Bomba 2010

Race aku yang pertama selepas lama bertapa...Larian Bersama Bomba 2010 @ Dataran Merdeka, KL..lari ikut pace sendiri je, dah memang tak training...route larian pula macam biasa la, berbukit-bukit kat Jalan Duta..masa aku lari tadi, ada la sorang mamat tu...baru berkecimpung dlm dunia larian kot, dia try buat fartlek dengan aku...bila aku rapat je dia makin laju..huhu..masa tu baru Km ke-3, then bila dia dah boring fartlek aku rapat la dgn dia..interview sikit, sambil lari tu....nampak sangat aku lari main-main..

Katanya dari Kem Terendak, Melaka..atlet olahraga 10 Bgd Para..preparation stage utk Kejohanan Olahraga Tentera Darat pada 7 - 9 Jun @ Stadium UPM..so, aku bagi la sikit tip..lain kali lari kena maintain je..

Keputusannya aku dapat nombor 49 (banyaknya!!) Kategori Men Open, masa 48:38 Average pace 4:30/km...macam tak percaya je..laju juga tu..split/HR/Other data kat Garmin Connect..klik..

Split guna software Garmin Training Center

Route

Split guna software SportTrack


Ahad, 18 April 2010

Chap Ayam Runners Family Run @ Lake Garden

Seronok tengok kawan-kawan berlari tadi, aku jadi photographer je..tu je aku mampu sumbangkan utk event ni, nak lari memang tak mampu lagi pasal fitness tahap 0..apa2 pun tahniah utk semua yang menamatkan larian tadi..anda adalah pemenang, tak kira la depan @ belakang..tak kisah, kita memang la Chap Ayam Runners.................(termasuk la aku..huhu)..foto lain sila pi kat FB, kalau nak yg full size..e-mail je kat aku..mana la tau kot-kot nak buat frame besar & tampal kat rumah..

Grouping photo

Top 3 Men Open Category...Mr Arumugam tu ambik bagi pihak Fauzan..

Top 3 Men Veteran Category..

Top 3 Women Open Category..

Top 3 Women Veteran Category..

Abg Alam Shah vs Ronnie..Happy Running!!

Richard Habeya..


Official Photographer..

Imran & his coach..


Isnin, 12 April 2010

I'm back....

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku di PULADA ni...insya-Allah petang 16 Apr, aku akan kembali ke KL..dan tentunya aku akan bergiat aktif semula dalam dunia larian..dan petang tadi aku ada masa lapang sikit, so jogging la 5 km..kalau nak kira penat memang la....pasal baru balik dari Gunung Panti, ex Mandi Peluh ( 5 hari 4 malam ) ..

Sebenarnya aku agak excited petang tadi pasal nak test kasut sponsor..Brooks Adrenaline GTS 10..Thanks to Brooks...sedar tak sedar dah 6 tahun aku di sponsor..Pasal kasut tu memang best..walau pun agak berat sikit but cushions impact memang best la..review click..



Ahad, 21 Februari 2010

Larian Bandaraya Johor Bahru 2010

Pagi tadi aku pi la JB, join Larian Bandaraya Johor Bahru..starting kat Dataran Bandaraya, walau pun aku training hujung minggu je but untuk geli-geli tu boleh la..ramai juga yang turun, Arul Thevar & the gang from KL dan Phong & the gang from Batu Pahat...jarak kalau ikutkan dalam borang tu 12 Km je but GPS aku tunjuk 13.21 Km, tak aci la!!So, catatan masa aku 56:50..Average pace 4:18/km, agak laju juga la memandangkan aku tak training., dapat nombor 12..Analisis thru Garmin Connect, klik here..Suasana lari kat sini takde la happening macam kebiasaan yg aku join kat KL, finishing medal pun takde..

Split with Sport Track

Split aku utk 13.21 Km

Sanggetha, Ujang, Wan Jonudin, x tau, Azwan & Aku

Top 10 Men Open

Result Men Open - aku no 12 (1020)

Top 5 Men Veteran

Result Men Veteran

Top 10 Women Open

Result Women Open

Top 5 Women Veteran

Result Women Veteran

1 for kenangan

Wan & Ujang

Warga Johor

Lucky draw yg aku dapat...huhu

Isnin, 25 Januari 2010

Coy Support Weapon Fire Demo



Tadi aku & coursemate berpeluang la menonton demostrasi kuasa tembakan senjata bantuan kompeni & HMG 12.7 mm, dengan bantuan pencahayaan 60 mm mortar..kadang tu terfikir juga aku, nasib baik juga negara kita ni aman.....kalau tak sanggup ke aku menghadapi situasi yang haru biru gitu??Kiranya lama juga la dok kat lapang sasar tu..dari jam 4:00 ptg....balik ke Pulada lebih kurang pukul 8:30 mlm, alamak....ingatkan nak jogging sikit hari ni..

Kebetulan pula birthday aku esok, so demostrasi tadi lebih kurang celebrate birthday aku la..huhu, ye lah takat pukul 11:00 mlm ni (time aku publish post ni), sejam lagi nak masuk birhday aku takde sorang pun hantar SMS @ e-mail..tadi kat lapang sasar ada la skot aku, Kapt Ashraff buat announcement..terima kasih skot!! Wife aku pun agaknya dah lupa birthday aku kot.......entah la....

Ahad, 17 Januari 2010

Rekreasi @ Gunung Panti

Ceritanya hari Khamis lepas aku & geng kursus kena la panjat Gunung Panti, latihan compass marching..kami dilepaskan pukul 4:10 ptg, jarak lebih kurang 24 Km dan dikehendaki lapor kat 3 check point..dengan peralatan dan senjata, agak teruk la juga..sampai ke CP1 jam 9:20 mlm, jalan agak teruk pasal terpaksa naik bukit & of course la bukannya ikut laluan macam yg dok ada kat Gunung Nuang tu, lagi pun jalan malam..seterusnya jalan turun ikut laluan sungai, lagi teruk pasal terpaksa jalan atas batu yg licin..sampai ke CP2 jam 1:30 pagi..laluan seterusnya ke CP3 lebih kurang 6 Km on road @ Kg Bukit Lintang..sakitnya kaki, yea la....dah 9 jam berjalan..makan pun belum lagi, cuma biskut & air sejuk je..seterusnya sampai la ke CP3 @ SJK (T) Ladang Pelepah lebih kurang jam 4:30 pagi..so, akhirnya selepas lebih 12 jam berjalan, kami sampai juga....kumpulan yang pertama..& kumpulan yang terakhir sampai 6 jam kemudian..10:30 pagi, depa ni tido kat puncak gunung kot..huhu..gitulah ceritanya..

Sebelum meredah hutan..ceria lagi..

Geng course aku

Aku kat belakang tu..huhu

Pukul 6:56 pagi kat tempat penamat..penat oooo...

Kat tempat menunggu utk balik ke PULADA

Route map

Rabu, 6 Januari 2010

I'm @ Ulu Tiram, Johor until mid April 2010

Just nak info kat kawan-kawan, aku sekarang ni menghadiri kursus kat PULADA, Ulu Tiram, Johor..sehingga 16 April 2010..masa utk aku bergiat aktif dalam larian agak terhad sekarang..actually aku dah daftar kategori full utk Marathon Putrajaya, nampak gayanya terpaksalah aku melupakan niat murni nak join event tu..apa-apa pun selamat utk kawan-kawan yang join..



Jumaat, 1 Januari 2010

Saucony Pacemakers Network Run 2010

Selamat Tahun Baru 2010....semoga tahun ni lebih cemerlang..so, tahun ni kali kedua aku join larian ni..kiranya medal pertama aku la untuk tahun 2010..route larian kali ni agak teruk juga, pasal kena panjat tangga tu la..nasib baik juga lepas panjat tangga tu terus je turun bukit, kalau tidak naya ooo...

Kali ni aku berlari dalam kategori M35-39, berbeza dgn tahun lepas...cuma ada kategori M30-39..so, takde masalah la utk dapat Champion..then kalau combine result M30-34 & M35-39 aku ranking ke-6..

Combine result M30-34 & M35-39

Split aku..

Zul Azlan, Jasni & Aku..

Route map..

1 Mile Dash Run 31 Dis 2009

Race aku yg paling last untuk tahun 2009...1 Mile Dash Run, walau pun aku langsung takde buat speed workout tapi cuba juga....alaaa bukannya jauh sangat pun..belasah je..

Kalau nak kira penat memang la..pasal minggu ni aku pindah rumah, dari jalan Gombak masuk ke kuarters Kem Kementah..then masa nak pergi ke Dataran Merdeka tu, anak aku yang kecik tu merengek-rengek nak ikut..ingat papa dia nak pi sambut tahun baru apa..sampai kat Jalan Doraisamy jam 8:20 mlm..warm-up lebih kurang dgn Suresh, then jam 8:43 mlm flag off kategori aku..Men 36-45..so, sebagaimana planning aku..500 meter yg pertama aku speeding 90%...huhu, rasa nak pecah dada..Km pertama aku buat 3:02, then baki 600 meter 2:25 (teruknya)..so, aku kedudukan ketiga dgn catatan masa 5 minit 28.69..

Split aku..
Dapat la hadiah sepasang sandal Crocs Prepair + medal + barangan Nivea, botol susu tu takde dalam senarai..huhu..

TQ Mr Tey for this photo..speeding kau-kau..

Selasa, 22 Disember 2009

My 10 Km @ Langkawi

Rasanya dah lama betul aku tak post progress training aku kat blog ni..so, semalam aku excited sangat pasal dapat berlari kat Langkawi..actually aku kat Pantai Cenang skrg ni, dok sini 3 hari...hingga 23 Dis 09, terlibat dgn Bengkel Pengurusan Aset Alih Markas ATM @ Aseania Resort..


Route Map


My 10 Km Workout