Entri
penulis kali ini masih lagi mengenai Tokyo Marathon tetapi mengenai cerita
pelari marathon Jepun iaitu Yuta Shitara yang berjaya memperbaharui rekod
kebangsaan mereka. Beliau mencatatkan 2:06:11 memperbaharui rekod berusia 16
tahun kepunyaan Toshinara Takaoka 2:06:06 yang dicatatkan dalam bulan Oktober
2002. Cerita penuh klik sini.
The Japan News
Kadar Pertukaran,
jutawan segera!
Apa
yang menarik perhatian penulis ialah, insentif bernilai 100 juta Yen yang
dimenangi beliau iaitu bersamaan dengan RM3.6 juta! Bagaikan langit dengan bumi
insentif yang diterima pelari negara matahari terbit ini berbanding dengan
layanan yang diterima oleh pelari kita, Tan Huong Leong dan Muhaizar Mohamad.
Memecahkan rekod kebangsaan dalam perlumbaan yang sama tetapi tidak diiktiraf
dengan alasan tiada ujian doping. Mereka berdua adalah pelari marathon terhebat
yang pernah negara miliki, kedua-duanya mewakili negara dalam acara marathon SEA
Games KL 19 Ogos 2017 dan Muhaizar sendiri memenangi pingat untuk negara
selepas 44 tahun tetapi dilayan seperti tidak memiliki apa-apa reputasi.
Mengenai
kadar insentif yang diterima pelari negara sekiranya berjaya memperbaharui
rekod kebangsaan, dari maklumat yang penulis terima – K. Baskaran menerima
insentif RM1,000 selepas dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan di Standard
Chartered Singapore Marathon 2 Disember 2001 iaitu 2:29:27. Begitu banyak
perbezaannya, RM3.6 juta vs RM1,000.
Penulis
bertanya sendiri kepada Sheela Samivellu mengenai insentif yang beliau dapat
selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan kategori Half Marathon semasa
Standard Chartered KL Marathon 7 Ogos 2016, jawapan yang sangat mengejutkan
penulis kerana sehingga ke hari ini beliau belum mendapat apa-apa insentif dari
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)! Apa yang beliau dapat hanya RM2,500 iaitu
insentif pemecah rekod kebangsaan dari penganjur.